Friday, October 30, 2009

Cup Cakes with Fancy Cookies



Cake ni i buat especially to Denise (internship student).

Apple Pie Again



Bahan Pastri
200 g tepung halus
80 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais

Bahan Inti
2 biji epal merah
1/4 cawan kismis
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie


Source : Mat Gebu

Marble Cheese Brownie Again


Monday, October 26, 2009

Macaroni Salad


Today ada makan2 again at my office. Barang2 semua siapkan dr rumah tapi mixkan kat office. Thanks to Kama (cut all the leaves), Evon (mix all the ingredients) & Zura (tukang rasa & comment). :)
Bahan-Bahan
1 packet of Macaroni
1 packet of sausage
500g of chicken fillet
1 packet of Sweet Basils
1 packet of Oregano Leaves
1 packet of Parsley
2 pc of Capsicum (I used Red & Yellow)
Black Pepper
Mayonese
Cara-cara
1. Rebuskan macaroni and toskan
2. Rebuskan ayam and carikkan isinya
3. Rebuskan sausage and hiris
4. Potongkan Capsicum, Sweet Basils, Oregano Leaves & Parsley
5. Gaulkan semua bahan-bahan with mayonese & black pepper

Saturday, October 24, 2009

Beef Quiche


Chocolate Trifle




Bahan-Bahan
1 tin susu cair
1 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya (I used chocolate cake)
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal
1 mangkuk air panas

Cara-cara
1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Source : daniaelyza from myresepi

Thursday, October 22, 2009

Choco Butter Cake Again




Kali ni kek order dr kawan my sister. Banyak betul challenge nak buat kek ni......takpelah ni dinamakan pengalaman and cabaran. Hope you suka this cake.....if ada apa2 kekurangan just let me know, so that in future boleh improve lagi.

Monday, October 19, 2009

Apple Pie



Bahan Pastri
200 g tepung halus
80 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais

Bahan Inti
2 biji epal merah
1/4 cawan kismis
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie


Source : Mat Gebu

Marble Cheese Brownie


Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B


Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong
.

Source : Resepi C&P from Rinnchan

Sunday, October 18, 2009

Cup Cakes







Variety of Bun


Macam-macam bun yg dicuba. Yang paling suka sekali Sausage Roll Bun (resepi dr Noreen).

Hari Raya Cookies





Raya tahun ni hanya berkesempatan buat 3 jenis biskut....Chocolate Chip Cookies, Biskut Kelapa Delima & Jejari Badam.



Cream Puff & Blueberry Cheese Tart


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  12. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.
Bahan-bahan Kastard Krim
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
Source : Resepi C&P from Yani & Honey


Resepi Blueberry Cheese Tart


Bahan Untuk Pastri

125 g mentega sejuk, didadu kecil
40 g gula aising
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
220 g tepung halus (mat guna tepung gandum)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Inti
250 g cream cheese, pada suhu bilik
60 g gula halus (caster sugar)
20 g mentega
100 ml whipping cream
1 biji lemon, parut kulitnya
1 biji telur gred A
Blueberry filling secukupnya

Cara membuatnya
  1. UNTUK KULIT TAT : Satukan tepung dan gula aising, gaul rata. Masukkan mentega dan esen vanilla, gaul ramas menggunakan hujung jari hingga adunan berupa serbuk roti, masukkan telur sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk. Bulat2kan doh, balut dengan plastic cling, leperkan sedikit dan dinginkan 20 minit. Keluar dan doh dari peti sejuk, canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.3 cm dan lebarnya biar melebihi acuan tat. Buka satu lapisan plastik tadi dan terbalikkan doh ke dalam acuan tat, kemaskan bahagian dalam dan tepinya. Tanggalkan plastik yang satu lagi tadi, kemaskan lebihan doh. Cucuk permukaan doh dengan garfu dan letakkan aluminium foil atasnya. Bakar dalam oven pasa suhu 175C selama 15 minit. Kemudian, angkat keluar aluminium foil bersama2 kekacang tadi dan bakar lagi 5 minit. Bila nampak sedikit perang, boleh keluarkan dari oven.
  2. UNTUK INTI : Pukul semua bahan2 untuk inti kecuali blueberry, hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.
  3. UNTUK TAT :Tuang inti cream cheese ke dalam kulit tat yg telah dibakar tadi, sudu kan blueberry filling atas cream cheese, buat beberapa bahagian, gunakan pisau atau chostick, lorekkan supaya menjadi bentul seakan2 marble. Bakar kembali pada suhu 150c selama 10 - 15 minit atau hingga keju keras bila disentuh.
Source : Resepi C&P from Mat Gebu


Soft Cotton Japanese Cheese Cake



Sempena Hari Ibu tahun ni....cuba membuat kek sendiri special to my mom. Soft Cotton Japanese Cake memang selembut namanya. Sedap & tak jemu dimakan. For decoration part susah juga nak membuatnya maklumlah tak pakar langsung.

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
Source : Resepi C&P from alma




Chocho Butter Cake


BAHAN - BAHANNYA
250 g mentega
340 g gula halus
4 biji telur gred A
1 camca besar nescafe + 1 camca besar air panas
1 camca besar coklat paste
1 camca teh esen vanilla
300 g tepung gandum@tepung halus*
100 g serbuk koko*
Secubit garam*
1 1/3 camca teh soda bicarbonate*
1 1/3 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
325 ml susu segar

CARA MEMBUATNYA
  1. Lenser tin bulat berukuran 10 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven ada suhu 175C.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambail terus memutar hingg kembang. Masukkan esen vanilla, coklat paste dan nescafe, putar rata.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata. Macam biasa lah yea, kalau masukkan tepung berelang seli dengan susu, bahan akhir sekali mestilah tepung.
  4. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 1 jam atau hingga masak. Gunakan kaedah mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek dan jika keluarnya bersih, tandanya kek telah masak. Biarkan kek dalam tin selama 25 minit untuk mengekalkan kelembapannya
Source : Resepi C&P from Mat Gebu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails