Sunday, August 29, 2010

Cornflakes Cluster


Bahan - bahan :

150 gm cornflakes (haiza guna nestle)
50 gm almond strip - bakar dahulu
20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella (haiza guna nutella)
200 gm milk coklat (haiza guna Sicao converture)
200 gm dark coklat ((haiza guna Sicao converture milk coklat since lupa nak beli dark coklat)

Hiasan : White coklat - secukupnya & papercup

Cara-cara
  1. Cairkan coklat secara double boiler
  2. Masukkan nutella
  3. Masukkan cornflakes & badam
  4. Sejukkan dan hias dgn white chocolate
Source : Resepi & step by step bergambar boleh refer link Chef Asma

Fancy Cookies


Bahan-bahan

260g tepung
226g butter
60g gula icing
1 sdk esen vanilla

Hiasan : Glazing

Cara-cara
  1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang
  2. Masukkan esen vanilla
  3. Masukkan tepung
  4. Simpan bancuhan didalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum dibentuk
  5. Setelah dibentuk, simpan didalam peti sejuk selama 10 minit sebelum dibakar bagi mengekalkan bentuk biskut
  6. Bakar pada suhu 160C selama 15 minit

Biskut M&M


Bahan-bahan

2 sdb gula merah
1 cawan gula halus (haiza guna 3/4 cawan)
1 cawan tepung
1 cawan butter
1 cawan kacang tanah dicincang
1 cawan badam dicincang
2 biji kuning telur
2 sdk esen vanila
2 sdb serbuk koko
1 packet M&M

Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kering hingga sebati
  2. Pukul butter bersama gula sehingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu
  4. Masukkan ke dalam bancuhan bahan kering
  5. Letakkan M&M ke atas biskut
  6. Bakar
Source : Resepi lama ibuku

Biskut Semperit


Bahan-bahan

1 tin (340g) Golden Churn Butter
1 tin tepung jangung
1/2 tin tepung gandum (sukat guna tin tepung jagung)
1/2 tin susu pekat
1 cawan gula halus (haiza guna 1/2 cawan sahaja)
1 sdk esen vanilla
1 sdk baking powder
1 biji kuning telur
Ceri - Hiasan

Cara-cara
  1. Gaul sebati bahan-bahan kering
  2. Masukkan telur
  3. Masukkan susu
  4. Masukkan butter
  5. Bakar
Source : Uji Uzairi (resepi original from Cikgu Siti)

Biskut Mazola


Bahan - bahan

3 cawan tepung
2 cawan kacang tanah yang dikisar
1 cawan minyak mazola
1 cawan gula halus
Kuning telur dan kacang untuk hiasan

Cara-cara
  1. Masukkan minyak dan gula
  2. Masukkan kacang tanah dan gaul sebati
  3. Masukkan tepung
  4. Bentukkan bulat dan bubuh kacang dan sapu kuning telur
Source : Majalah Rasa

Cupcakes for Chloe



It just a simple gift for you. Thank you so much for helping me during your internship. Hope you love the cupcakes. Enjoy....

Friday, August 13, 2010

Chocolate Mousse


Bahan-bahan (6):
1/2 cawan boiling water
2 camt gelatin
2 camb serbuk koko - kalau boleh ayakkan
4 biji telur - asingkan putih & kuning
1/3 cawan (75gm) gula kaster

cara:
  • satukan gelatin dan air panas ke dalam jug. kacau dengan menggunakan garpu supaya gelatin benar2 larut
  • masukkan pula 1 1/2 camb serbuk koko dan kacau sebati dan ketepikan. biarkan sejuk pada suhu bilik dalam 10 min
  • sementara itu dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga gebu cam terbentuknya tanduk
  • masukkan gula sedikit demi sedikit (1 camb) dan pukul lagi sehingga jadi macam krim/mayonis
  • setelah itu masukkan pula kuning telur satu persatu dan pukul lagi dengan kelajuan yang paling maximum
  • perlahan2 tuangkan gelatin tadi ke dalam adunan (pastikan ianya berada pada suhu bilik) dan pukul lagi sehingga ianya sebati
  • bolehlah dituangkan ke dalam remekin/cawan/gelas dan letakkan di dalam fridge sekurang2nya 4 jam sebelum dihidangkan. kalau nak cepat masukkan dalam freezer
  • taburkan lebihan serbuk koko di atas mousse atau boleh jugak diletakkan cream dan hidangkan

Source : Resepi C&P from Noreen

Cup Cake with Edible Image

Thanks to Wynnie....choice of edible image; Transformer, Spiderman, Pooh and Toy Story.

Cup Cake

Thanks Mag....

VOL-AU-VENT & HOME-MADE PUFF PASTRY


BAHAN-BAHAN UNTUK PASTRY PUFF

400 g tepung gandum
1/8 camca teh garam
50 g mentega
220 ml air
300 g majerin pastry
Sedikit tepung untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA
  1. Dalam bekas, satukan tepung gandum, garam dan mentega, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit.
  2. Ambil doh tadi, tabur tepung pada permukaan meja kerja dan juga alat pencanai. Canai doh tadi sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf "T".
  3. Letak kan majerin pastry ditengah2 dan bungkus kemas2. Mulakan dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.
  4. Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm, canai berhati2 dan jangan tekan kuat sangat masa mencanai, nanti majerin pastry terkeluar.
  5. Lepas tu lipat seperti dalam gambar 4 dan lipat kan lagi seperti gambar 5 (lipat buku). Kemas2kan dan rehatkan 15 minit.
  6. Kemudian pusing kan lipatan tadi 90 darjah (bahagian berlipat yang tadi di depan, pusingkan ke tepi). Canai perlahan2 sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, dan buat lipatan yang sama macam no 5. Rehatkan lagi 15 minit.
  7. Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. Buat hingga siap.
  8. Akhir sekali, canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm, kemaskan dan jika besar boleh kerat 2.
BAHAN UNTUK VOL-AU-VENT
1 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
350 ml susu segar
1 helai bay leaf
1 camca besar, cincangan dapun parsley
1 ulas bawang putih, cincang halus
8 kuntum cendawan butang, hiris nipis
2 batang sosej ayam, dadu sederhana besar
Secubit gula
Garam secukup rasa
Lada hitam serbuk secukup rasa
Puff Pastry secukunya

CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK ISIAN:- Panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang putih dan tepung gandum, kacau rata. Tuang susu perlahan2 sambil dikacau, hingga susu habis. Masukkan bay leaf, cendawan dan sosej (kalau guna udang, masukkan udang). Kacau rata dan masak dengan api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat, tambah lada hitam, secubit gula daun parsley dan garam secukup rasa. Angkat dan sejukkan sebelum diisi ke dalam pastry.
  2. Canai pastry puff setebal 0.5 cm, terap dengan cutter bulat berukuran 5 inci. Kemudian, canai lagi, terap gunakan cutter 5 inci juga dan kali ini, gunakan cutter bulat berukuran 4 inci untuk menerap bahagian dalamnya untuk menghasilkan pastry berbentuk cincin.
  3. Sapu kuning telur pada pastry 5 inci tadi, dan berhati2 letak pastry cincin tadi, tekan2 sikit dan biar selama 20 minit. Sapu sedikit kuning telur pada permukaan pastry cincin tadi dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, hingga kuning keemasan.
  4. Jika oven anda ada "kipas", boleh di "on" kan...Sejukkan pastry tadi sepenuhnya atas jaringan. Lekuk kan sedikit bahagian dalam pastry dan isi dengan bahan isian secukupnya.
Source : Resepi C&P from Mat Gebu

Black Pepper Quiche



BAHAN-BAHAN PASTRY
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu kecil
1 camca besar gula aising
Secubit garam
Satu biji telur, dipukul sedikit

BAHAN INTI CENDAWAN
15 kuntum cendawan butang segar, hiris sederhana nipis
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, didadu
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu sejat "IDEAL"
1/2 camca teh lada hitam yang baru ditumbuk
1 camca besar mentega
1/4 camca teh gula
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN
1 biji telur saiz "A"
1/4 cawan susu sejat "IDEAL"
1 pokok daun bawang, hiris halus
Secubit garam
Sedikit lagi lada hitam untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK KULIT PASTY :- Masukkan mentega sejuk dalam tepung gandum bersama gula aising dan secubit garam. Gaul ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan2 teksture serbuk roti. Tuang bancuhan telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Jangan risau jika telur tida habis digunakan.
  2. UNTUK INTI CENDAWAN :- Panaskan mentega dalam kuali, gunakan api sederhana. Tumis bawang putih, bawang besar dan bay leaf hingga harum, masukkan cendawan, masak sekejap dan tuang susu cair. Tambah lada hitam, gula dan sedikit garam. Kecilkan api dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti tadi.
  3. UNTUK BLACKPEPPER MUSHROOM QUICHE :- Keluarkan doh dari peti sejuk, canai doh tadi antara 2 keping plastik sehingga mendapat saiz yang sesuai dengan bekas tat yang disedikan. Alihkan doh tadi secara berhati2 atas bekas, kemaskan dan tanggalkan plastik. potong lebihan pastry dan simpan untuk kegunaan kemudian. Cucuk2 permukaan pastry dengan garfu, tutup dengan aluminium foil dan letak kan benda berat atasnya . Blind-bake selama 2o minit pada suhu 180C. Kemudian keluakan dari oven, alih aluminum dan kekacang, sambung membakar lagi untuk 10 minit lagi. Kemudian, isikan inti, tabur dengan hirisan daun bawang. Pukul telur + telur baki buat pastry tadi bersama susu dan secubit garam, kacau rata dan tuang dalam kulit quiche dan tabur lada hitam tadi. Sambung membakar untuk 20 minit lagi pada suhu 180C, atau kekuningan.
Source :Resepi C&P from Mat Gebu

Sunday, August 01, 2010

Flower Birthday Cake


Order from my neighbor for Birthday celebration.

Blue & White Theme Wedding Cake



Thanks to Kak Ezan.

Elmo Cake



Thanks to Emma.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails