Tuesday, September 28, 2010

Konnyaku Jelly Medley


BAHAN-BAHANNYA
1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g)
150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
800 ml air
1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
300 ml air (xtra)
Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna
Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris (nak masukkan apa2 jenis buah pun ok)

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata. Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
  2. Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih. Bagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letak kan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.
  3. Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comey untuk membekukan jelly. Tuang no 2 tadi sehingga penuh. Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.
Source : Resepi C&P from Mat Gebu

Saturday, September 25, 2010

Roses

Chocolate Box

My 1st try. Need some improvement. :)

Tuesday, September 21, 2010

Puding Karamel Lapis Coklat

Bahan-bahan
Bahan:-(A)
  • 1 tin susu cair (Nestle Ideal)
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
  • 1 sudu kecil esen vanila
Bahan (B)
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
  • 4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
Bahan (C)
  • 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
  • atau boleh guna 2 sudu besar madu
Cara Membuat:
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

Source : C&P from Hana

Thursday, September 16, 2010

Edible Chocolate


For Firdaus, Sara, Maryam, Liyana & Adlina. Makan puas2 ok?

Friday, September 10, 2010

Aidilfitri Chocolate

Small gift to my friend during Majlis Buka Puasa.

Ketupat Coklat


Thanks to Fiza for the order. Wish you Selamat Hari Raya.

Anniversary Cake

Happy 1st Anniversary to Pooi Pooi. Thanks for the order.

Coklat Oat Bijirin


Bahan-bahan

350g tepung gandum
300g mentega
100g gula perang
150g gula kastor
150g oat kisar
100g coklat cip
100g badam cincang
2 sdk soda bikarbonat
2 sdk serbuk penaik
1 bj telur

Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul seketika.
  3. Masukkan kesemua bahan kering dan adunkan sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ambil sedikit doh, bentuk ikut kreativiti. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.
Source : Majalah Saji Ogos 2010

Biskut Dam

Bahan Doh Putih

320g tepung gandum
200g mentega
100g gula

Bahan Doh Coklat

300g tepung gandum
200g mentega
100g gula
30g serbuk koko

*1 bj putih telur untuk lekatkan

Cara-cara
  1. Pukulkan mentega dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko.
  3. Kacau rata hingga menjadi doh dan sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  4. Selepas itu, ulikan doh kepada 12 mm tebal dan potongkan kepada segi empat.
  5. Lakukan langkah yang sama untuk putih dan coklat. Sapukan putih telur untuk camtumkan 2 warna
  6. Susun diatas dulang dan bakar pada suhu 200 C.
Source : Majalah Rasa

Thursday, September 02, 2010

Chocolate Cake with Ultraman Edible Image



Happy Birthday Jim Boy. Cute je photo Jim Boy with ultraman. Thanks Fiza.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails