Monday, September 26, 2011

Angry Bird



My 1st attempt. Any comments?

Bread Pudding


Bahan A :

8 keping roti
500 ml Susu

Bahan B :

2 biji telur
4 sudu besar gula
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cinnamon powder

Bahan C :

Kismis
Almond Flakes

Cara-cara :
  1. Carikkan roti dan rendam dengan susu selama 1/2 jam
  2. Bancuhkan bahan B
  3. Masukkan ke dalam bahan A
  4. Tabur bahan C
  5. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 C

Mini Chocolate Moist Cake

Music Theme Cup Cake





Thanks to Zaida.

Sunday, September 25, 2011

Roti Lapis Daging Berkeju


Bahan :
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan) - (haiza guna 400g daging Ramly)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam (haiza gantikan dgn rempah kari)
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus (haiza gantikan dgn daun kari)
1 biji cili merah ~ dihiris halus
2 lobak merah (haiza tambah)
1 inci halia (haiza tambah)
sedikit garam
minyak

12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris (haiza guna daun sup je)
8 kpg slice chee
cheddar cheese ~ diparut

Cara:
Utk membuat inti
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Goreng hingga bawang layu dan masukkan rempah kari.
  3. Goreng hingga wangi dan masukkan air.
  4. Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul.
  5. Masukkan daun kari.
  6. Perasakan dgn garam secukup rasa.
  7. Goreng hingga kering dan padamkan api.
Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
  1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.
  2. Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati.
  3. Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
  4. Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
  5. Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi.
  6. Susun slice cheese ke atasnya.
  7. Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
  8. Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
  9. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
  10. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Source : Resepi C&P dari Kak Nor dan bahan inti diubahsuai oleh haiza.

Monday, September 19, 2011

Kek Kurma

Bahan A
250 gm butter

160 gm sugar

Bahan B
4 eggs


Bahan C
150 ml milk

230 gm kurma (buang dulu biji kurma baru timbang, nak guna prune pun boleh)

Bahan D
230 gm flour

2 tsps baking powder
1 tsp soda bikarbonate
½ tbsp chocolate paste (tak taruk pun tak pe)

Cara-cara
  1. Masak bahan A di dlm periuk dengan api kecil. Kacau sehingga gula cair dan sejukkan.
  2. Kemudian masukkan bahan B ke dalam adunan butter. Kacau sebati.
  3. Blend bahan C di dalam blender sehingga kurma halus. Kemudian campur kan bahan C ke dalam adunan butter. Kacau lagi.
  4. Gaulkan bahan D di dalam satu bekas. Kemudian campurkan bahan D ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit. Kacau lagi sehingga kesemua adunan sebati dan tidak berketul. Masuk ke dalam loyang 8” x 8” dan bakar lebih kurang 45 mnt – 1 jam.
Tips : Kek ini tidak perlu menggunakan mixer, lebih senang mengacau adunan dgn whisker (pengacau telor). Selamat mencuba.

Source : Resepi C&P from Kak Lia

Saturday, September 17, 2011

Kek Lapis Prune


BAHAN A :-)
250 g mentega
80 g susu pekat manis
1 camca teh rempah kek
1/2 camca teh serbuk vanilin
80 g golden syrup

BAHAN B :-)
15 kuning telur
3 putih telur
120 g gula kastor
80 g tepung superfine/hong kong/tepung halus
1 camca besar ovallete
20 ml air sejuk

BAHAN C :-)
Beberapa titik pewarna kuning
150 g prune, belah dua dan leperkan
Mentega cair untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin kek berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar bahan A pada kelajuan tinggi selama 5 - 7 minit hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain dan bersih, putar bahan B pada kelajuan sederhana selama 10 minit.
  4. Satukan adunan A dan B, gaul rata dan tambah pewarna kuning. Kacau hingga sebati. Panaskan oven pada suhu 180C, gunakan api "grill".
  5. Sudukan 4 camca besar adunan ke dalam tin kek, ratakan dan bakar hingga masak (lebih kurang 5 minit, bergantung pada oven masing). Keluarkan kek, sapu nipis permukaan lapisan dengan mentega cair. Letakkan adunan baru sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar.
  6. Lakukan proses tadi sehingga lapisan ke-4 atau 5. Lapisan seterusnya disusun buah prune tadi dan bakar hingga masak. Tidak perlu disapu mentega cair pada permukaan yang ada buah prune.
  7. Buat hingga siap, sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari tin, biar kek betul2 sejuk sebelum dipotong. Boleh juga dibungkus rapi dan simpan dalam peti ais...
Source : Resepi C&P from Mat Gebu

Tutty Fruity Cake Again



Wednesday, September 14, 2011

Blueberry Cheese Tart

Thanks to Rima for the order.

Bahan-bahan :

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-cara
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Bahan-bahan Cream Cheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.

JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

Cara-cara

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  4. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
  5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Source : Resepi C&P from Ita

Monday, September 12, 2011

Cheese Tart


Blueberry, Manggo & Kiwi flavour

Puding Kasih Bertaut



PUDING KASIH BERTAUT

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)

300 ml air

200 ml santan

1/2 cawan gula

1 biji telur

2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm

1 liter air

1/2 cawan gula pasir

100 gm gula Melaka atau nise

2 helai daun pandan (disimpulkan)


Cara-cara : Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding : Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik. Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

Source : Resepi C&P from Kak Nor

Tutty Fruity Cake

TUTTY FRUITY CAKE

Bahan 1

600 ml putih telur

275 gm gula pasir

1/4 sudu teh garam

14 gm ovalet


Bahan 2

Campur dan Ayak

300 gm tepung gandum

1 sdt baking powder


Bahan 3

75 gm magerin cairkan


Bahan 4

Pewarna kuning dan paste oren

Pewarna merah dan paste strawberry

Pewarna hijau dan paste lemon
Pewarna coklat dan coklat emulco


Cara-cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula pasir sedikit demi sedikitsambil terus memukul. Tambahkan ovalet dan garam dan pukul lagi hingga kembang dan kental.
  2. Masukkan bahan 2 yg telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.
  3. Tuangkan bahan 3 dan kacau perlahan2 dgn spatula hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian diletakkan paste dan pewarna ikut kegemaran.
  5. Sediakan loyang berukuran 30 x 10 x T4cm yg telah disapu dgn sedikit butter dan dialas dasar loyang dgn kertas minyak.
  6. Tuangkan 1 bahagian adunan bewarna ke dalam loyang, ratakan dan kukus ke dalam bekas pengukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus kek selama 15 minit
  7. Setelah masak satu lapisan, tuangkan lagi adunan yg kedua dan ulangi langkah yg sama untuk setiap adunan sehingga habis dan masak sepenuhnya. Angkat dan sejukkan sepenuhnya barulah dipotong.
Source : Resepi C&P from Ita

Frambrozen Kenari



FRAMBROZEN KENARI

Lapisan Cookies Bawah
240 gm tepung gandum atau tepung redrose
100 gm gula castor

100 gm serbuk badam/ground almond

200 gm butter

1 biji kuning telor

70 gm susu tepung

Toping Tengah
Jam Blackcurrant secukupnya (haiza guna blueberry filling)

Cara-cara
  1. Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih
  2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
  3. Lapik loyang bercutter ukuran 12 x 12 x 2 inc dengan baking paper
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang, canai doh dan tekan padat2.
  5. Masukkan cutternya dan tekan hingga dasar.
  6. Cucuk doh dengan garfu.
  7. Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan
  8. Keluarkan cutter dari loyang setelah masak
  9. Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing


Lapisan Icing Atas
60 gm putih telur - 2 biji putih telur
120 gm gula castor - ita kurangkan 100 gm
2 sudu teh tepung jagung - ita letak 1 sudu aje

Hiasan
Kepingan badam atau gajus

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.
  2. Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan
  3. Pasangkan semula cutter dan tekan.
  4. Tabur pula dgn badam keping
  5. Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
  6. Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi supaya toping benar2 kering.
  7. Kemudian keluarkan cutter
  8. Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan biskut dari loyang
  9. Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.
Source : Resepi C&P from Ita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails