Sunday, August 19, 2012

Kek Lapis Asam Manis

Bahan A :

350g mentega
150g gula kastor
5 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
14 biji kuning telur

Bahan B :

150g gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tatar

Bahan C :

180g tepung Hong Kong
2 sudu teh serbuk rempah campuran
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D :

10 bungkus asam manis

Bahan sapuan : 

3 sudu makan marjerin 
2 sudu makan susu pekat manis

Cara-cara:
  1. Bahan A; satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esesn vanila.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati.  Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Di dalam bekas lain, satukan semua bahan B.  Pukul selama 5 minit hingga kembang dan kental.
  4. Bahan C, masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi.  Gaulkan hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan putih telur.  Gaulkan hingga bercampur rata.
  6. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar berukuran 8 inci x 8 inci.  Bakar dengan api atas dan bawah sehingga permukaan kek berwarna perang.
  7. Cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekankan agar rata.  Sapukan sedikit bahan sapuan.
  8. Susun kepingan asam manis atas lapisan kek yang telah dimasak tadi.
  9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan.  Bakar dengan api atas sahaja.  Buatlah proses seperti ini sehingga beberapa lapis.  Untuk lapisan paling atas, ratakan adunan dan susun kepingan asam manis.  bakar sehingga masak.
  10. Tutup permukaan tin pembakar dengan kertas alumunium.  Bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
  11. Suhu oven, 150 C, setiap lapis bakar antara 7-10 minit.
Source : Resepi C&P from Buku "Kek Lapis"; Noraini Zakaria

Mocha Layer Cake


Bahan A
525ml  putih telur
400gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm santan serbuk

Bahan C
100ml santan pekat (KARA)
1 sudu teh esen vanila / coffee
90gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco

Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris)
Cara-cara : 
  1. Bahan A :  Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih.  Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental. 
  2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.  Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
  3. Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak.  Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal. 
  4. Panaskan pengukus dahulu.  Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit.  Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak.


*** Putar adunan putih telur dalam mangkuk pengadun yang besar.

*** Sentiasa lap tutup pengukus untuk mengelak air menitis. 




Source : Resepi C&P from Kak Wan

Tart Nenas Berkeju

Bahan-bahan :

75 g marjerin
25 g mentega
50 g gula halus
1 biji kuning telur
40 g keju diparut halus
125 g tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
2 sudu makan susu tepung
150g jem nenas, bentukkan bulatan kecil

Bahan Sapuan :

2 biji kuning telur
1 sudu teh susu tepung
3 sudu makan air

Taburan :

25 g keju cheddar

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan sapuan, kacau rata.
  2. Pukul margerin, mentega dan gula halus. Masukkan kuning telur, pukul hingga sebati.
  3. Masukkan keju dan susu tepung, kacau rata.  Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama tepung gandum yang telah diayak bersama tepung jagung dan baking powder, kacau hingga sebati.
  4. Ambil adunan sebanyak 1/2 sudu makan, bentuk bulatan lalu dipenyekkan.  Isi tengahnya dengan jem nenas, tutup dan bulatkan kembali.
  5. Susun adunan di atas loyang yang disapu mentega.  Sapukan atasnya dengan bahan sapuan dan letakkan keju yang telah diparut.
  6. Masukkan ke dalam oven bersuhu 165 C hingga masak.
  7. Angkat dan sajikan.
Source : Resepi C&P from Buku "Biskut Raya", Indriyani Permatasari.

Biskut Kelapa



BAHAN-BAHANNYA:
1 tin (400 GRAM) tepung jagung Brown & Polson*
230 gram tepung gandum*
1 camca teh penuh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/4 cawan kelapa kering, dikisar halus
2 biji telur gred A
200 gram gula aising
1 1/2 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
Mentega secukupnya (anggaran 400 gram, mat guna SCS)
Ceri merah, potong kecil untuk hiasan
Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut

CARA MEMBUATNYA:
  1. Satukan tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus, gaul rata. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan2 serbuk roti.
  2. Dengan kelajuan perlahan juga, sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. 
  3. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat2kan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit...sedikit sahaja, jangan kuat2 nanti leper. Buat hingga siap.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang.  Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
Source : Resepi C&P from Mat Gebu
 

Semperit Pelangi

  
Bahan-bahan
 
250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka

Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka

Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter

Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
 
Source : Resepi C&P from Kak Ita

Alamanda Cookies

Bahan A
125gm mentega
100gm majerin
80gm shortening/lemak sayuran(saya guna crisco)
80gm gula kaster
2 sudu teh cappucino emulco

Bahan B(diayak bersama)
350gm tepung gandum (saya guna 270gm tepung gandum, 80gm tepung naik sendiri)
1/4 serbuk penaik (saya tak masukkan sebab dah guna tepung naik sendiri)
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
1 sudu besar susu tepung

Bahan C
100gm koko-crunch (dikisar)
40gm kacang tanah-panggang dan kisar
100gm coklat rice

Hiasan:-
Kuning telur, coklat masakan putih dan hitam

Cara-caranya:-
1. Pukul bahan A sehingga ringan dan kembang
2. Masukkan bahan B dan C sehingga menjadi doh
3. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai dan terap doh dengan penerap biskut
4. Susun didalam loyang pembakar dan sapu permukaan dengan kuning telur
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit. Sejukkan.
6. Hias dengan coklat masakan putih dan hitam


Source : Resepi C&P from Bdaria

Biskut Kelapa Rangup


Bahan-bahan A
150g tepung gandum
50g tepung jagung
1 camca teh serbuk penaik


100g kelapa parut kering
200g mentega atau majerin
100g gula kaster
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
100g nestle cornflakes (dikisar kasar)
Ceri merah

Cara-cara
  1. Ayak bersama bahan A, masukkan kelapa kering, gaul sebati dan ketepikan. 
  2. Krimkan mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang, masukkan telur dan pukul sebati.
  3. Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
  4. Ambil 1 doh dgn 1 camca teh dan uli seperti bebola kecil, gaul setiap bebola ke dalam nestle conflakes dan hias dgn ceri merah. 
  5. Bakar selama 15 – 20 minit pada suhu 180’C

Source : Resepi C&P from cikepel

Almond Beauty Cookies


Bahan-bahan ( 100 biji )

  • Bahan A
  • 200gm mentega
  • 50gm shortening
  • 150gm gula kaster
  • Bahan B 40gm putih telur (1 biji)
  • Bahan C (diayak bersama)
  • 340gm tepung gandum red rose
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh emplek
  • 10gm serbuk koko
  • Hiasan: Coklat masakan putih dan badam cincang (dipanggang)

Cara-cara

  1. Pukul bahan A sehingga ringan dan berkrim
  2. Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati
  3. Masukkan bahan C dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih.
  4. Masukkan doh ke dalam piping bag dan picitkannya dengan nozzle bergerigi dan tekan diatas dulang pembakar
  5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 min. Angkat dan sejukkan.
  6. Celup setengah biskut didalam coklat putih yang dicairkan dan celup dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Source : Resepi C&P from Kak Wan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails