Thursday, March 21, 2013

Cheese Tart Lagi



Cinnamon Pull Apart Bread

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.

Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

* Kaedah bila guna BM:
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.


Source : Resepi C&P from Kak Nor

Dumpling


Bahan-bahan Untuk Kulit Dumpling
* 100 grm tepung Tang Mein (wheat starch)
* 200 grm tepung ubi
* 10 grm gula
* 20 grm minyak masak
* secubit garam
* 450 grm air panas mendidih
 
Cara membuat kulit 
  1. Campurkan kedua-dua tepung dalam mangkuk. 
  2. Masukkan garam,gula dan minyak masak kedalam air panas.kacau rata. 
  3. Tuangkan campuran air panas tadi kedalam mangkuk tepung dan guna sudu untuk mengacau adunan.Kacau tepung hingga menjadi doh dan ketepikan hingga sejuk.(boleh mula menguli doh bila tepung dah tak terlalu panas untuk dipegang). 
  4. Taburkan tepung ubi(dengan jumlah yang banyak, sebab tepung memang lembik) atas papan canai dan canai doh menjadi nipis dan terap dengan penerap bulat.Pastikan doh disapu banyak tepung ubi bila menerap supaya senang untuk mengambilnya dan tidak melekat bila disusun.Buat la sampai habis. 
  5. Tutup pinggan kulit dumpling yang dah siap dicanai dengan tuala lembab sebelum menggunakannya supaya ianya tetap lembab dan menyenangkan proses memicit tepinya.
Bahan Inti
* 2 biji carrot diparut
* 1 biji sekuang diparut
* 100 gram udang kering  (rendam air panas dan dicincang halus) boleh ditukar dengan udang basah
* 2 ulas bawang putih
* secubit garam + sekeping pati ayam
*  Serbuk lada putih secukup rasa
* Beberapa titik minyak bijan
* 2 batang daung bawang
 
Cara memasak 
  1. Panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahagian bawah daun bawang dan  udang kering.Goreng hingga terbit bau dan masak. 
  2. Masukkan parutan carrot dan sengkuang,kacau sebati.Masukkan semua bahan lain dan kacau hingga sayur agak layu dan masak.Angkat dan sejukkan.  

Cara-cara menyediakan dumpling 
  1. Ambil sekeping kulit dumpling dan letakkan 1 sudu kecil inti.Temukan kedua-dua belah tepinya dan picit tepinya . Letakkan diatas sekeping daun pisang dan atur didalam bekas.Kukus selama 10 ke 15 minit.  
  2. Taburkan minyak bawang putih sebelum dihidangkan. 
  3. Dumpling juga boleh dihidang dengan sos pilihan masing-masing.

*Potong halus4 biji bawang putih dan dicampurkan dngan 1/2 mangkuk kecil minyak masak.Masukkan kedalam microwave selama 2 minit.
* Untuk sos pula, campurkan 4 sudu besar sos cili dan 5 sudu besar sos tiram dicampur dengan 1 sudu gula dan beberapa titis minyak bijan.Masukkan 1/2 cawan air panas dan panaskan sekejap diatas api.(air dimasukkan sedikit-sedikit supaya sos tidak terlalu cair) 

Source : Resepi C&P from Pn Ros

Monday, March 18, 2013

Kek Lapis Kukus Cheese


Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Source : Resepi C&P from Kak Ita


Happy Birthday Harris

Sunday, March 17, 2013

Tuna Roll Bread


BAHAN DOH :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2). Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...
 
Plain version untuk my mom

Source : Resepi C&P from Mat Gebu

Wednesday, March 13, 2013

Puding Roti Bakar


Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula 
Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad. 
Source : Resepi C&P from Hana
 

Birthday Cake


Thanks Leeza...Happy Birthday Gerald!

Cheese Tart



Wednesday, March 06, 2013

Roti Epal


Bahan-bahan (1 biji besar - 22 cm)
Doh :

150g susu segar
50g telur (susu segar + telur = 200g)
300g tepung roti
30g gula kastor
1 sudu kecil pelembut roti
30g mentega
1/2 sudu kecil garam
1 susu kecil yis kering

Inti Epal :
300g epal merah (dipotong kecil)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar gula

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan untuk doh mengikut susunan dari atas ke bawah dalam mesin roti.  Plih menu untuk bread dough. Tunggu sehingga doh siap.
  2. Sementara itu sediakan inti epal.  masukkan epal ke dalam periuk bersama dengan mentega dan gula.  Masak sehingga epal agak lembut.  Keluarkan air yang terhasil dan biarkan sejuk.
  3. Tabur sedikit tepung ke atas papan pencanai.  Keluarkan doh dari mesin roti dan letak di atas papan pencanai.  Tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin. Buat bentuk bulat.  Biarkan roti selama 5-10 minit.
  4. Canaikan doh kepada 25 x 25 cm.  letakkan epal yang telah disedikan tadi.  ratakan.  Kemudian gulung padat-padat.
  5. Potong gulungan tadi kepada 8 bahagian. Susun di dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas ataupun disapu dengan mentega.  Biarkan doh mengembang dua kali daripada saiz asal.
  6. Panaskan ketuhar sehingga suhu 170 darjah celsius.  Bakar selama 14-15 minit.
Source : Buku "Jom Berjimat menyediakan Roti" oleh Norhayani Mohd Nor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails