Bahan-bahan (6):
1/2 cawan boiling water
2 camt gelatin
2 camb serbuk koko - kalau boleh ayakkan
4 biji telur - asingkan putih & kuning
1/3 cawan (75gm) gula kaster
cara:
- satukan gelatin dan air panas ke dalam jug. kacau dengan menggunakan garpu supaya gelatin benar2 larut
- masukkan pula 1 1/2 camb serbuk koko dan kacau sebati dan ketepikan. biarkan sejuk pada suhu bilik dalam 10 min
- sementara itu dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga gebu cam terbentuknya tanduk
- masukkan gula sedikit demi sedikit (1 camb) dan pukul lagi sehingga jadi macam krim/mayonis
- setelah itu masukkan pula kuning telur satu persatu dan pukul lagi dengan kelajuan yang paling maximum
- perlahan2 tuangkan gelatin tadi ke dalam adunan (pastikan ianya berada pada suhu bilik) dan pukul lagi sehingga ianya sebati
- bolehlah dituangkan ke dalam remekin/cawan/gelas dan letakkan di dalam fridge sekurang2nya 4 jam sebelum dihidangkan. kalau nak cepat masukkan dalam freezer
- taburkan lebihan serbuk koko di atas mousse atau boleh jugak diletakkan cream dan hidangkan
Source : Resepi C&P from Noreen