Wednesday, October 05, 2011

Kek Kelapa Kering



Bahan-bahan:
250gm mentega
230gm tepung kek
1 camt baking powder
200gm gula kastor
50gm kelapa kering (dessicated coconut)
50gm susu segar/cair
4 biji telur
1 camt esen vanila
sedikit pewarna merah & hijau

Cara-cara:
  1. Ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  2. Bahagikan kelapa kering kepada dua bahagian dengan setiap satu digaulkan dengan pewarna merah & hijau
  3. Ketepikan
  4. Pukulkan mentega dan gula sehingga gebu dan kembang
  5. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  6. Masukkan esen vanila dan pukul lagi
  7. Setelah itu masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar/cair sebanyak 4 kali (tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu) sambil dipukul sehingga sebati
  8. Akhir sekali masukkan kedua2 kelapa kering tadi dan gaulkan sebati
  9. Tuangkan adunan ke dalam loyang tin yang telah digriskan dan ditaburkan dengan sedikit tepung terlebih dahulu
  10. Bakar pada suhu 175C selama 1 jam
  11. Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
  12. Potong dan hidangkan
Source : Resepi C&P from Noreen

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails