Showing posts with label Layer Cake. Show all posts
Showing posts with label Layer Cake. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Kek Lapis Cadburry Pandan


bahan-bahan: loyang 8" x 8"
  • 500g mentega berkualiti tinggi (dayang menggunakan mentega Anchor)
  • 300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian ditimbang)
  • 150g gula halus
  • 10 biji telur gred A 
  • 75 ml air sejuk (dari peti ais)
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 11/2 sudu besar ovalette
  • sedikit esen vanilla
  • 300g susu pekat manis
  • kepingan coklat Cadbury secukupnya
  • pes pandan secukupnya
  • kelapa parut kering (optional)
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Alaskan loyang dengan baking paper. 
  2. Satukan tepung biskut marie, santan serbuk, telur, ovalette, gula, esen vanilla dan air sejuk ke dalam mangkuk pengadun dan putar adunan hingga kembang. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan tepung tadi. Sebatikan.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3)
  5. Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal. 
  6. Ambil 7 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing).
  7. Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua).
  8. Kemudian sudukan 7 sudu besar adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut ciatarasa. Jika suka, taburkan sedikit kelapa parut kering pada adunan hijau tadi. Kemudian barulah dibakar/gril. 
  9. Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis. 
  10. Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit. 
  11. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Source : Resepi C&P from Dayang

Tuesday, January 01, 2013

Kek Lapis Sisik Ikan


Bahan2:
  • 10 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 150 gula halus
  • 1 sudu makan ovelet
  • 110ml air sejuk(dari peti sejuk)
  • 1 tin kecil serikaya-170g)
  • 100g horlicks
  • 1 sudu kecil esen vanila(optional)-tak letak pun takpe
  • 5 sudu makan susu pekat
  • 300g mentega
  • 200g tepung hongkong/superfine
  • Asam manis
Cara2:
  1. Dalam sebuah bekas,masukkan mentega dan susu pekat. Pukul sehingga sebati dan berkrim. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain,masukkan telur,gula dan ovelet dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan serikaya sambil terus dipukul lagi. Masukkan horlicks,tepung(sudah diayak) dan esen vanila. Kaup balik/pukul sebati guna kelajuan minima.
  3. Setelah itu masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil terus dipukul sehingga sebati..
  4. Gunakan senduk dan gaul(kaup balik) adunan agar benar2 sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 150c (api atas sahaja). Griskan loyang dengan mentega dan tabur tepung rata2..boleh juga gunakan baking paper untuk alas cam biasa.
  6. Sendukkan lebih kurang 6 sudu makan dan bakar menggunakan api atas. Bakar selama lebih kurang 5 minit atau sehingga atas kek keperangan.(bergantung kepada kepanasan oven masing2 yer.
  7. Lapiskan lagi dengan 6 sudu makan adunan. Bakar lagi sehingga keperangan. Keluarkan lagi dan cucuk hawflakes secara condong sehingga separuh tenggelam.
  8. setelah selesai seluruh permukaan kek,sudukan lagi 6 sudu adunan dan bakar sehingga keperangan. Ulangi langkan 6,7 dan 8 ini sehingga selesai.
  9. Banyak atau sedikit asam manis terpulang kepada cara susunan hawflakes atau ikut selera masing2.. SELAMAT MENCUBA!
Source : Resepi C&P from Ha Sue

Sunday, September 02, 2012

Prune Layer Cake

 
 

Bahan-Bahannya:
Bahan A
  • 8 biji kuning telor ayam (Gred A)
  • 6 biji telur
  • 280 gram castor sugar
  • 210 gram, tepong gandum
  • 5 gram baking powder
  • 5 gram essence vanilla
  • 15 gram ovalet

Bahan B
  • 350 gram pure butter
  • 30 gram makan susu pekat

Bahan C
  • 340 gram buah prune

  1. Bahan A- Gula, telur, ovalet dan vanilla disatukan, dipukul menggunakan whisk.
  2. Kacau adunan telur untuk memastikan adunan dipukul serata.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak, bersama dengan baking powder & vanilla
  4. Gunakan kelajuan mixer yang paling tinggi. Pukul sehingga kembang.
  5. Anda boleh mula memukul dengan kelajuan yang paling tinggi sekarang.
  6. Bahan B - Mentega dan susu di satukan. Dipukul sehingga campuran ini bertukar putih.
  7. Masukkan Bahan B kedalam Bahan A - gaul sebati.
  8. Bakar selapis-selapis. Suhu yang digunakan ialah 180c - 200c.
  9. Taburkan buah prun semasa proses melapis.
Source : Resepi C&P from yani

Sunday, August 19, 2012

Kek Lapis Asam Manis

Bahan A :

350g mentega
150g gula kastor
5 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
14 biji kuning telur

Bahan B :

150g gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tatar

Bahan C :

180g tepung Hong Kong
2 sudu teh serbuk rempah campuran
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D :

10 bungkus asam manis

Bahan sapuan : 

3 sudu makan marjerin 
2 sudu makan susu pekat manis

Cara-cara:
  1. Bahan A; satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esesn vanila.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati.  Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Di dalam bekas lain, satukan semua bahan B.  Pukul selama 5 minit hingga kembang dan kental.
  4. Bahan C, masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi.  Gaulkan hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan putih telur.  Gaulkan hingga bercampur rata.
  6. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar berukuran 8 inci x 8 inci.  Bakar dengan api atas dan bawah sehingga permukaan kek berwarna perang.
  7. Cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekankan agar rata.  Sapukan sedikit bahan sapuan.
  8. Susun kepingan asam manis atas lapisan kek yang telah dimasak tadi.
  9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan.  Bakar dengan api atas sahaja.  Buatlah proses seperti ini sehingga beberapa lapis.  Untuk lapisan paling atas, ratakan adunan dan susun kepingan asam manis.  bakar sehingga masak.
  10. Tutup permukaan tin pembakar dengan kertas alumunium.  Bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
  11. Suhu oven, 150 C, setiap lapis bakar antara 7-10 minit.
Source : Resepi C&P from Buku "Kek Lapis"; Noraini Zakaria

Mocha Layer Cake


Bahan A
525ml  putih telur
400gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm santan serbuk

Bahan C
100ml santan pekat (KARA)
1 sudu teh esen vanila / coffee
90gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco

Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris)
Cara-cara : 
  1. Bahan A :  Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih.  Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental. 
  2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.  Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
  3. Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak.  Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal. 
  4. Panaskan pengukus dahulu.  Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit.  Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak.


*** Putar adunan putih telur dalam mangkuk pengadun yang besar.

*** Sentiasa lap tutup pengukus untuk mengelak air menitis. 




Source : Resepi C&P from Kak Wan

Wednesday, February 29, 2012

Kek Lapis Cheese Persona

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (haiza guna Biskut Marie Coffee Hwa Tai)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (haiza guna 300 ml)
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus (haiza guna 3 sudu besar)

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Source : Resepi C&P from Ryo

Monday, January 02, 2012

Kek Lapis Sisik Ikan




Macam tak jadi je....salah teknik susun asam agaknya...takpe boleh cuba lagi... :)

Bahan2:
  • 10 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 150 gula halus
  • 1 sudu makan ovelet
  • 110ml air sejuk(dari peti sejuk)
  • 1 tin kecil serikaya-170g
  • 100g horlicks
  • 1 sudu kecil esen vanila(optional)-tak letak pun takpe
  • 5 sudu makan susu pekat
  • 300g mentega
  • 200g tepung hongkong/superfine
  • Asam manis
Cara2:
  1. Dalam sebuah bekas,masukkan mentega dan susu pekat. Pukul sehingga sebati dan berkrim. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain,masukkan telur,gula dan ovelet dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan serikaya sambil terus dipukul lagi. Masukkan horlicks,tepung(sudah diayak) dan esen vanila. Kaup balik/pukul sebati guna kelajuan minima.
  3. Setelah itu masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil terus dipukul sehingga sebati..
  4. Gunakan senduk dan gaul(kaup balik) adunan agar benar2 sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 150c (api atas sahaja). Griskan loyang dengan mentega dan tabur tepung rata2..boleh juga gunakan baking paper untuk alas cam biasa.
  6. Sendukkan lebih kurang 6 sudu makan dan bakar menggunakan api atas. Bakar selama lebih kurang 5 minit atau sehingga atas kek keperangan.(bergantung kepada kepanasan oven masing2 yer.
  7. Lapiskan lagi dengan 6 sudu makan adunan. Bakar lagi sehingga keperangan. Keluarkan lagi dan cucuk hawflakes secara condong sehingga separuh tenggelam.
  8. setelah selesai seluruh permukaan kek,sudukan lagi 6 sudu adunan dan bakar sehingga keperangan. Ulangi langkan 6,7 dan 8 ini sehingga selesai.
  9. Banyak atau sedikit asam manis terpulang kepada cara susunan hawflakes atau ikut selera masing2..
Source : Resepi C&P dr Hasue

Tuesday, March 22, 2011

Cocoa Mocha Layer Cake

Ingredients
(A)
250g butter
150g sugar
14 egg yolks
5 tbsp condense milk

(B)
150g sugar
7 egg white
1/4 tsp cream of tartar

(C)
160g Hong Kong flour
40g horlick
1 tsp baking powder

(D)
a) 1/4 tsp yellow colouring + 1 tsp vanilla essence
b) 1 tbsp mocha emulco - I used mocha latte paste
c) 1/2 tbsp chocolate emulco + 2 tbsp cocoa powder (valrhona) + 3 tbsp hot water - mix everything into paste

Preheat oven 175C for 15 mins.. greased 8x8" pan

Method
  1. A : Whisk butter, sugar and condensed milk till white and creamy. Add in egg yolks one at a time and continue to whisk till well combined - set aside.
  2. B : In another bowl.. whisk egg white with cream of tartar till bubbly.. add in sugar a little at a time till soft peak.
  3. C : Fold in carefully sifted flour, horlicks and baking powder into A.
  4. Once mixed add in B and mix till well blended.
  5. Divide batter into 3 portions.. one part add in D(a).. Add in D(c) mixture into the 2nd portion and lastly add in D(b) into the last portion.
  6. Every layer weigh 76g and takes 7 mins to bake using upper fire (grill).
  7. You know the typical procedure right.. grill all the chocolate portion first.. each layer u hv to press it and brush it with melted butter. once ur done with chocolate portion u continue with mocha portion and lastly u use yellow portion..
  8. Bake last layer using upper and lower fire for 15 mins.
Source : Resepi C&P from Rima

Monday, March 14, 2011

Nutella Layer Cake


Bahan-Bahan
500 gm mentega

180 gm gula

1 sudu teh ovellette

10 biji telur (saiz besar)

1 tin (397gm) susu pekat manis

260 gm tepong Hong Kong

100 gm horlicks

220 gm Nutella


180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)


Cara:
  1. Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)
  3. Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
  4. Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.
  6. Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.
  7. Bakar sehingga selesai adunan dgn anggaran suhu 180 – 210 darjah Celsius (mengikut kesesuaian oven anda).
Source : Resepi C&P from Rozzan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails