350g mentega
150g gula kastor
5 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
14 biji kuning telur
Bahan B :
150g gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tatar
Bahan C :
180g tepung Hong Kong
2 sudu teh serbuk rempah campuran
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan D :
10 bungkus asam manis
Bahan sapuan :
3 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat manis
Cara-cara:
- Bahan A; satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esesn vanila. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim.
- Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.
- Di dalam bekas lain, satukan semua bahan B. Pukul selama 5 minit hingga kembang dan kental.
- Bahan C, masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaulkan hingga sebati.
- Kemudian masukkan adunan putih telur. Gaulkan hingga bercampur rata.
- Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar berukuran 8 inci x 8 inci. Bakar dengan api atas dan bawah sehingga permukaan kek berwarna perang.
- Cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekankan agar rata. Sapukan sedikit bahan sapuan.
- Susun kepingan asam manis atas lapisan kek yang telah dimasak tadi.
- Ambil satu cawan adunan dan ratakan. Bakar dengan api atas sahaja. Buatlah proses seperti ini sehingga beberapa lapis. Untuk lapisan paling atas, ratakan adunan dan susun kepingan asam manis. bakar sehingga masak.
- Tutup permukaan tin pembakar dengan kertas alumunium. Bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
- Suhu oven, 150 C, setiap lapis bakar antara 7-10 minit.
Source : Resepi C&P from Buku "Kek Lapis"; Noraini Zakaria
No comments:
Post a Comment