Saturday, April 30, 2011

Grissini


Susah juga nak menghasilkan Grissini. Rasanya sedap tapi hasilnya tak macam Alex Goh...:(

Bahan-bahan:

Bahan A:

250g Tepung Roti

2 sdk Yis


Bahan B:


1 1/4 sdk Garam

1 sdk Gula


Bahan C:


150 ml Air Sejuk


Bahan D:


35g Lelemak Sayuran (Shortening)


Cara-cara:
  1. Adun (A) sehingga sebati.Campur (B) dan gaul hingga sempurna.
  2. Tambah (C) dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Tambah (D) dan terus menguli doh sehingga lembut dan kenyal.
  4. Letakkan doh di mangkuk. Tutup dengan plastik dan biar ia naik selama 45 minit.
  5. Bentukkan doh menjadi bebola. Biarkan sebentar selama 15 minit.
  6. Gulungkan doh kepada segiempat bujur (P 12sm x L 50 sm).
  7. Potong dah menjadi jejalur (L 1 sm x P 12 sm).
  8. Lembapkan tangan dengan air sebelum menggulung doh. Tarik jejalur doh perlahan-lahan. Gulung menjadi 18 sm panjang dengan bijian-bijian.
  9. Bubuh atas dulang pembakar yang telas dialas dengan kertas dan sapu dengan air serta tabur dengan garam.
  10. Biarkan selama 10 minit. Bakar pada suhu 220 C selama 15 minit.
  11. Biarkan ia sejuk dan bakar pada suhu 120 C selama 15 minit lagi supaya ia kering dan rangup. Sedia dihidang.
Source : Resepi C&P dr Alex Goh, The World of Bread

Osaka Soft Bun


Lama sungguh rasanya haiza tak buat roti. Since hayat tepung tu dah hampir and daripada membazir buang je, maka terhasillah roti yg lembut ni.

Bahan-bahannya ( Untuk Doh)
  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2 sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam

* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu

Resepi Water Roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux:
Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan. Setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti):

  1. Kaedah 1 - penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2 - Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
Source : Resepi C&P from Ummi


Monday, April 18, 2011

Hello Kitty for Tisya




Kali ni order by Kama for her lovely daughter "Tisya". Happy Birthday!!

Beef Blackpepper Puff


Resepi asal resepi shepherd pie, tapi haiza tukar guna daging and gantikan mashed potato dengan Puff Pastry.

Tiramisu


Cake ni bersempena birthday my 2 sister, Happy Belated Birthday Kak Na & Happy Birthday Kak Da. Resepi di ubahsuai dari Kak Nor.

CHOCOLATE TIRAMISU
(versi asal Stawberry Tiramisu)

Bahan2 :
250g cream cheese
125g whipped cream - haiza guna whipping cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
Chocolate Powder Cadburry - haiza guna chocolate, resepi asal guna strawberry
Milk & White Chocolate untuk hiasan

Syrup Coffee
1 cawan coffee (air panas + 3 sudu besar nescafe + 1 sudu besar coffee) - haiza tambah sendiri

Cara:
  1. Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
  2. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
  3. Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
  4. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
  5. Cara untuk melapis : Mula2 celupkan biskut ke dalam bancuhan syrup (jangan terlalu, lama, nanti biskut lembik) kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Kemudian sudukan Chocolate powder. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Last sekali taburkan chocolate powder dan parutkan Milk Chocolate & White Chocolate.
Source : Resepi C&P dr Kak Nor

Tuesday, April 12, 2011

Cup Cake





Kali ni order by adik Zura. Happy Birthday to Aleya!!

Saturday, April 02, 2011

KK Birtday Cake



Thanks to Lin. Happy Birthday KK.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails