Thursday, May 26, 2011

Cup Cake for Teacher's Day




Ordered by Janice. Thanks!!

Sunday, May 22, 2011

Apam Dot Dot



Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Source : Resepi C&P from Hana

American Chocolate Cake



Happy 2nd Birthday to Hazim!!

Bahan-Bahan :

  • 2 cups flour*
  • 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 eggs
  • 1 cup of milk (fresh)
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara-cara:

  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.
Bahan Topping/Ganache : (haiza guna resepi ni)
  • 150g coklat masak
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter
Cara-cara :
  1. Cairkan coklat secara double boil.
  2. Masukkan susu & air panas.
  3. Last sekali baru masukkan butter and sapu atas kek.
Source : Resepi C&P from Ummi

Jelly




Wednesday, May 18, 2011

Agar-agar Mangga


Bahan-bahan :

1 packet agar2 serbuk
900 ml air
180g gula
1 cup manggo puree

Cara-cara :

  1. Larutkan serbuk agar-agar dan gula sehingga mendidih
  2. Masukkan Manggo puree
  3. Tuangkan ke dalam acuan and sejukkan

Bun Manis



Bahan Doh (untuk bun manis):-
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (haiza guna coffee mate creamer)
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
Untuk Topping:-
  • 1 biji telor/lebihan telor - dipukul sedikit
  • sedikit gula pasir
  • sedikit bijan
Cara Membuat:
  1. ULI TANGAN :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk doh, bahagi kpd 16 dan bulat-bulatkan doh dan susun dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu. Buat hingga siap.
  3. Biarkan doh naik dua kali ganda selama lebih kurang 40 minit.
  4. Sapukan doh dengan telor, tabur bijan dan gula pasir.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C (ikut oven masing2 la adjust eh) selama 20 minit/hingga masak.
Source : Resepi C&P from Ummi

Tuesday, May 17, 2011

Finally.....My Macaroons...




Hari ni projek Macaroons. Alhamdulillah ada yg menjadi dan ada yang tak berapa nak jadi....Maknanya kena practise lagi....4 Flavour, Green Tea, Plain Almond, Mocha & Lemon Orange...:)

Saturday, May 14, 2011

Macaroons by Chef Nermala

Today ada demo class macaroons with Chef Nermala. Thanks for sharing the recipe and tips. Akan berusaha untuk menghasilkan macaroons yang cantik macam ni...:)

Lasagna Again!!


Monday, May 09, 2011

Spaghetti Olio





BAHAN-BAHANNYA :
100 gram spaghetti
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu

3 ulas bawang putih, cincang halus

1/4 biji green capsicum, dadu

1/4 biji red capsicum, dadu

4-5 biji cili padi, dititik (optioanl)

1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)

1 helai bay leaf

5 biji buah zaitun hijau
(haiza tak letak pun)
5 biji buah zaitun hitam
(haiza tak letak pun)
6 ekor udang besar, dibersihkan

1 biji tomato merah, didadu

Garam secukup rasa

Lada hitam yang baru dikisar secukupnya

Minyak zaitun untuk menumis (guna minyak zaitun biasa, bukan jenis "extra virgin")


CARA MEMBUATNYA :
  1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang, red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...
Source : Resepi C&P from Mat Gebu

Cup Cake for Mother's Day


Sepatutnya nak celebrate mother's day, unfortunately my mom balik lewat so celebratelah mother2 yang lain.....Should we do it again next week?

Agar-agar Milo



Bahan (Lapisan Coklat)
  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.
Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.
Source : Resepi C&P from Ummi

Thursday, May 05, 2011

Puding Karamel


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

Karamel

5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara Sediakan karamel:
  1. Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Cara-cara Sediakan puding:
  1. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  2. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  3. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  4. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  5. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  6. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  7. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
Source : Resepi C&P from mrsjanssens

Tuesday, May 03, 2011

Lasagne




Bahan utk sos putih :
2 sudu besar butter
2-3 sudu besar tepung gandum
1 ½ cawan susu
1-2 cubit serbuk oregano
4 sudu mozarella cheese (yang sudah diparut terdahulu atau grated)

Bahan utk sos merah :
400 gm daging/ayam cincang (minced) bergantung kepada banyak mana nak buat kalau bekas kecil sukatannya sedikit, kalau bekas besar lebihkan.
I tin mushroom (cendawan butang) ditoskan air dan dihiris nipis.
2 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar tomato puree
3 sudu serbuk oregano
garam
air (ikut kepekatan)
minyak utk menumis 3-4 sudu besar

Lain-lain bahan :
Kepingan lasagna (lasagna sheet)
200 gm mozarella cheese yang sudah diparut (grated
1 sudu teh serbuk lada hitam (black pepper)
1 sudu teh serbuk lada putih (white pepper)

Ada dua cara nak buat lasagna.

Cara 1:
Kepingan lasagna tak dimasak. Jadi kuah sos merah kena cair sedikit dan banyak. Nisbah sos merah kepada sos putih ialah 4:1(ertinya kuah merah empat kali lebih banyak dari kuah putih.

Cara 2:
Kepingan lasagna direbus satu persatu dalam air dicampurkan sedikit minyak masak (1 sudu besar) agar tak melekat...mungkin boleh rebus dua keping sekali gus. Kuah merah mesti pekat dan tidak terlalu banyak.

Cara memasak sos putih :
  1. Cairkan butter dlm periuk kecil, gunakan pemutar tangan (whisk)untuk kacau/ gaulkan tepung agar berterusan. Api gas kena very slow dan masukkkan susu sedikit demi sedikit.
  2. Kacau berterusan agar tak berketul hingga menjadi satu larutan warna putih susu (creamy).
  3. Bila hampir mendidih, masukkan serbuk oregano dan taburkan cheese. Sos putih akan bertali bila diangkat dgn senduk disebabkan mozarella cheese tersebut.
  4. Padamkan api dan biarkan di satu tempat.

Cara memasak sos merah :
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih, bila dah agak garing dan naik bau masukkan daging cincang, tomato puree kacau hingga sebati.
  2. Masukkan garam dan cendawan serta serbuk oregano. Kepekatan kuah sama seperti kuah spaghetti atau kuah hitam yong tau foo. Padamkan api bila dah mendidih. Kalau tercair, tambah tomato puree. Kalau terpekat, tambahkan air.

Cara-cara melapis :
  1. Ambil loyang pembakar (segi empat) atau mangkuk pyrex atau loyang bakar roti.
  2. Susunkan lapisan kulit lasagna, susun selapis sehingga tak nampak ruang kosong, tuang satu setengah (1 ½) senduk sos merah ratakan ke seluruh kulit lasagna, titis-titiskan sos putih di atas sos merah tersebut, ulang dgn menyusun kulit lasagna di atas lapisan kedua, diikuti dgn menuang sos merah dan menabur/menitiskan sos putih hingga ke parah ¾ tinggi loyang pembakar.
  3. Lapisan atas sekali mestilah terdiri daripada sos merah. Tinggalkan sedikit lebihan sos merah dan lebihan sos putih.
  4. Panaskan oven terdahulu. Bakar selama 40-45 minit gas mark 4 atau oven 180 darjah.(Kalau menggunakan kulit lasagna yang sudah direbus, masa memasak lebih pendek maybe about 20-30 minutes)
  5. Cucuk lasagna dgn lidi, apabila lasagna terasa lembut dan masak sepenuhnya, keluarkan sekejap lasagna tadi, tuangkan lebihan sos merah dan putih
  6. Akhir sekali taburkan mozarella cheese, pastikan semua kawasan diselaputi cheese tadi dan taburkan serbuk lada putih dan lada hitam sedikit. Masak sehingga cheese tersebut cair (jgn terlalu lama sebab nanti cheese akan keras).
  7. Biar lasagna cool off (set) sekejap dan boleh dihidang sewaktu masih panas.

p/s: Kalau nak buat banyak dan nak kurangkan kos, boleh juga digunakan daging burger, cuma kena pastikan yang daging tak berketul.

Source : Resepi C&P from Mrsjanssesns

Sunday, May 01, 2011

Strawberry Mousse



Nak menghabiskan balance strawberry. Since ada 100g je so haiza buat 1/2 of the recipe and tak boleh deco atas dia. Konon nak nampak cantik, letaklah anggur...hehehehe...Rasanya exactly macam yogurt..:)

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 10g(2tbsp) gelatin
  • 100ml air panas
  • 200g strawberry
  • 70g gula
  • 200ml fresh cream/whipping cream
  • 1 sudu besar lemon jus

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
  2. Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
  3. Masukkan pula gelatin dan lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
Source : Resepi C&P from My Resepi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails