Tuesday, November 29, 2011

Hokaido Milky Bun


540 gm Bread flour
60 gm Cake flour
10 gm instant yeast
30 gm Milk powder
80 gm Sugar
9 gm Salt
1 large Egg
250 gm Fresh milk
150 gm Whipping cream


Method
  1. Mix everything together and mix until a dough forms.
  2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test) dough is achieved.
  3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
  4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
  5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin. (haiza buat bun kecik2 je)
  6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
  7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.
Source : Resepi C&P from Kak Nor

Sunday, November 27, 2011

Puff Pastry




Terima kasih kepada Chef Asma di atas tunjuk ajar untuk menghasilkan Puff Pastry yg cantik dan gebu. Teknik yang diberikan amat berkesan.

Friday, November 25, 2011

Macaroni Salad

Requested by Miss Hui Hui. :)

Tiramisu

Resepi asal menggunakan blueberry, tapi haiza telah tukar kepada chocolate.

Bahan untuk syrup
150 g blueberry filling (haiza gantikan dgn serbuk chocolate)
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional (haiza tak guna pun)

Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream (haiza guna whipping cream je)
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted

Hiasan
1 peket biskut tiramisu
Serbuk Chocolate

Cara-cara
  1. Mula2 sediakan syrupnya.
  2. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
  3. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
  4. Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
  5. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
  6. Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada (haiza ayakkan serbuk koko). Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup lagi senang nak serve.


Source : Resepi C&P from Rabiatun

Angry Bird Rainbow Velvet Cake





Terima kasih kepada kawan2 abang haiza di Proton.

Tuesday, November 22, 2011

Muffin Pandan Kelapa


BAHAN-BAHANNYA :

125 g mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan
1/4 cawan susu segar (mat guna susu cair)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk penaik dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.
  3. Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.....
Source : Resepi C&P from Mat Gebu

Mix Bread



I used the same dough from Crab Meat Bun.

Crab Meat Bun

Bahan Doh

500gm tepung high protein
95gm gula kaster
1 tsp garam halus
14gm yis segera
50gm majerin/mentega
45gm shorteing/minyak sayur
2 tsp susu pekat manis
1 biji telur gred A
210gm air

Bahan Isian/Filling
7 crab stik (di potong, cuci dan toskan airnya)
1 biji telur Gred A
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp gula
130gm sayur campuran (cuci dan toskan airnya)
(Semuanya digaul rata)

Bahan Hiasan dan Sapuan
Susu sejat untuk sapuan
Mayonnaise
Cili Sos
Cheddar Cheese
Oregano/Parsley

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengisar kecuali air. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
  2. Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
  3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan, bentukkan bulat dan tutup dengan mangkuk besar atau plastik. Rehatkan selama 20 minit.
  4. Leperkan doh dan uli semula. Bulatkan kembali dan rehat lagi selama 15 minit.
  5. Ambil doh dan timbang seberat 60gm atau saiz yang di kehendaki. Bulat2kan semula. Rehat selama 5 minit.
  6. Leperkan doh dan canai untuk membuang angin. Kemudian barulah di bentuk mengikut bentuk yang dikehendaki.
  7. Ambil doh dan gelek memanjang, masukkan ke dalam acuan di sukai. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda.
  8. Sapu dengan susu sejat di permukaan bun dan letakkan bahan isian di atasnya. Pipekan mayonnaise dan sos cili. Tabur dengan cheddar cheese dan oregano/parsley.
Source : Resepi C&P from Kak Wan


9. Atur di atas loyang dan bakar di rak tengah pada suhu 180C selama 15 minit sehingga keperangan.

Saturday, November 12, 2011

Kek Karamel Lagi


Thanks Kak Cheah.

Talam Mini Skoteng


Bahan Lapisan Bawah:
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
(Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink, itu kata Chef Asma)
  • * 150g tepung beras
  • * 250ml santan pekat (akak guna santan Kara - 150 ml santan + selebihnya air)
  • * 450ml air
  • * 1 sudu makan Tepung Hoen Kwee (putih)
  • * 150g gula castor
  • * 1 sudu teh garam
Cara-Cara:-
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap - tutup api.
  2. Masukkan sekoteng (yg telah direbus tadi) dan kacau rata.
  3. Tuang ke dlm loyang dan kukus selama 25 minit. (*akak guna acuan lompang dan kukus selama 15 minit sahaja)
Bahan Lapisan Atas:
  • 150g tepung gandum
  • 300g gula halus
  • 5/3/2 biji telur
  • 250ml santan pekat (akak guna santan Kara 150 ml santan + selebihnya air)
  • 500ml air
  • 1/2 tsp garam
  • 1 ½ tsp perisa rose (Brand : AMINA)
Cara-Cara:
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak hingga naik wap.
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah.
  3. Kukus selama 30 minit atau hingga benar-benar masak. (untuk lapisan atas, akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel)
* Guna Loyang 10x10x2 @3 (*haiza guna acuan lompang, sapu minyak sikit dulu rata-rata, then tuang adunan k)

Source : Resepi C&P from Kak Ummi

Kek Pisang Lembap


Bahan-bahan :
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate

150 g gula halus

5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk

100 g minyak jagung

225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus


Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....
Source : Resepi C&P dr Mat Gebu

Syahrul & Shuhadah

Thanks Linda!

Roti Naik Pahang



Ingredients :

1 egg
2 tablespoons condensed milk
Water (weigh egg + condensed milk + water to make 300ml)
3/4 cup sugar
500 g flour
1 tablespoon milk powder
2 teaspoons instant dried yeast (I used Mauripan)
2 tablespoons margarine
1 teaspoon shortening

Topping :
A bit of margarine
Coarse sugar

Bread maker method :

  1. Into the breadmaker pan, pour in the water, egg and condensed milk. Add sugar.
  2. Top it with flour, milk powder and instant dried yeast.
  3. Set the bread maker to DOUGH setting and press start. When the dough is just combined, add in margarine and shortening. Leave the bread maker to finish the cycle which will takes about 1 1/2 hour or so.
  4. Remove the dough from the pan and divide the dough into 20 equal portions. Roughly about 49 to 50g each.
  5. Form each portion into a ball and arrange on a baking tray. Leave to rise for another 30 minutes or so.
  6. Bake in a pre-heated oven at 180c for 30 minutes or till golden brown.
  7. Once out of the oven, brush with a bit of butter. Place on a wire rack to cool. Keep in an airtight container.
Source : Resepi C&P from Mama Fami

Tuesday, November 08, 2011

Rainbow Velvet Cake with Dora Edible



Happy Birthday Liyana!!

Bahan A
400gm tepung gandum
1 tsp baking soda
(Bahan A diayak)

Bahan B
2 buku mentega (500gm)
350gm gula kastor
2 tsp esen vanilla
5 biji telur

Bahan C
350ml susu segar
1 Tbsp cuka atau jus lemon
(Bahan C disatukan & dibiar selam 10 minit)

Bahan D
Pewarna ungu
Pewarna merah
Pewarna hijau
Pewarna kuning

Butter cream secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan Bahan A dan ketepikan
  2. Pukul Bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu diikuti Bahan A dan Bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
  3. Asingkan adunan kepada 4 bahagian. Masukkan campuran perisa dan perwarna, gaul sebati dan masukkan ke dalam acuan, bakar sehingga masak
  4. Lapiskan setiap lapisan kek dengan buttercream **( resepi asal menggunakan cream cheese)

Source : Resepi C&P from Yatie

Butter Cake

Thanks to Mr. Teoh.

Sunday, November 06, 2011

Kek Karamel




Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir
  1. Sediakan loyang 8 inc.Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  2. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  4. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  5. Ketepikan
Bahan Karemel

1/2 tin susu cair

70g gula castor
- haiza guna 50g
1/2 sudu teh esen vanilla

3 biji kuning telur
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1


70g gula kastor
- haiza guna 50g
3 biji telur kuning

135ml air

45ml minyak masak
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2

140 gm tepung gandum

1 sudu teh baking powder

  1. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  3. Ketepikan.
Merinque

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning

70g gula castor
- haiza guna 50g
1 sudu teh krim of tar2
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
  8. Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  1. Belang- belangkan adunan.
  2. Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink.Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan oren di tengah-tengah lapisan hijau.
  3. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  4. Akhir sekali dengan satu sudu.
  5. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Haiza panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven haiza tukar pada suhu 160C Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak haiza biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Source : Resepi Asal dr Munirah Baharom & C&P dari Ita

Puding Kukus Delima Istana



Haiza buat separuh dari resepi asal.

PUDING KUKUS DELIMA ISTANA


Bahan-bahan
  • 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)
Bancuhan Telur
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
  • 1 tin susu cair ideal / susu segar
  • 1 tin (505gm) susu pekat manis(*update: haiza letak 450 gm je)
  • 6 biji telur gred A dipukul dahulu
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan Taburan
  • 1/2 tin buah cocktail
  • 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis, blackcurrent)
Cara-cara
  1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
  2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis.
  3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
  4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
  5. Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
  6. Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus. Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja. (*haiza pulak dah lebih dari 6 jam merendam agar-agar tuh...jadi kukus sejam pun ok jugak...)

Source : Resepi Asal dari Kak Wan & C&P from Ita.

Saturday, November 05, 2011

Pop Cake


Mix & Match Cup Cake




Thanks to Hui Hui

Doraemon Cup Cake



Happy Birthday Wei San!!..Thanks to Zai for the order.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails