Tuesday, November 08, 2011

Butter Cake

Thanks to Mr. Teoh.

Sunday, November 06, 2011

Kek Karamel




Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir
  1. Sediakan loyang 8 inc.Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  2. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  4. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  5. Ketepikan
Bahan Karemel

1/2 tin susu cair

70g gula castor
- haiza guna 50g
1/2 sudu teh esen vanilla

3 biji kuning telur
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1


70g gula kastor
- haiza guna 50g
3 biji telur kuning

135ml air

45ml minyak masak
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2

140 gm tepung gandum

1 sudu teh baking powder

  1. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  3. Ketepikan.
Merinque

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning

70g gula castor
- haiza guna 50g
1 sudu teh krim of tar2
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
  8. Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  1. Belang- belangkan adunan.
  2. Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink.Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan oren di tengah-tengah lapisan hijau.
  3. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  4. Akhir sekali dengan satu sudu.
  5. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Haiza panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven haiza tukar pada suhu 160C Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak haiza biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Source : Resepi Asal dr Munirah Baharom & C&P dari Ita

Puding Kukus Delima Istana



Haiza buat separuh dari resepi asal.

PUDING KUKUS DELIMA ISTANA


Bahan-bahan
  • 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)
Bancuhan Telur
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
  • 1 tin susu cair ideal / susu segar
  • 1 tin (505gm) susu pekat manis(*update: haiza letak 450 gm je)
  • 6 biji telur gred A dipukul dahulu
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan Taburan
  • 1/2 tin buah cocktail
  • 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis, blackcurrent)
Cara-cara
  1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
  2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis.
  3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
  4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
  5. Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
  6. Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus. Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja. (*haiza pulak dah lebih dari 6 jam merendam agar-agar tuh...jadi kukus sejam pun ok jugak...)

Source : Resepi Asal dari Kak Wan & C&P from Ita.

Saturday, November 05, 2011

Pop Cake


Mix & Match Cup Cake




Thanks to Hui Hui

Doraemon Cup Cake



Happy Birthday Wei San!!..Thanks to Zai for the order.

Wednesday, November 02, 2011

Full Moon Box



Butter/Chocolate Cake with 2 red eggs. Thanks Janice for the order. Congratulations on your new born baby girl. Welcome Elise Chau!!

Thursday, October 27, 2011

Lasagna


For Firdaus, Sara & Maryam... :)

Brownies & Macaron



For my special friends; Meiqi, Remus, Evelyn & Claire.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails