Bahan-bahan (1 biji besar - 22 cm)
Doh :
150g susu segar
50g telur (susu segar + telur = 200g)
300g tepung roti
30g gula kastor
1 sudu kecil pelembut roti
30g mentega
1/2 sudu kecil garam
1 susu kecil yis kering
Inti Epal :
300g epal merah (dipotong kecil)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar gula
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan untuk doh mengikut susunan dari atas ke bawah dalam mesin roti. Plih menu untuk bread dough. Tunggu sehingga doh siap.
- Sementara itu sediakan inti epal. masukkan epal ke dalam periuk bersama dengan mentega dan gula. Masak sehingga epal agak lembut. Keluarkan air yang terhasil dan biarkan sejuk.
- Tabur sedikit tepung ke atas papan pencanai. Keluarkan doh dari mesin roti dan letak di atas papan pencanai. Tumbuk-tumbuk untuk mengeluarkan angin. Buat bentuk bulat. Biarkan roti selama 5-10 minit.
- Canaikan doh kepada 25 x 25 cm. letakkan epal yang telah disedikan tadi. ratakan. Kemudian gulung padat-padat.
- Potong gulungan tadi kepada 8 bahagian. Susun di dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas ataupun disapu dengan mentega. Biarkan doh mengembang dua kali daripada saiz asal.
- Panaskan ketuhar sehingga suhu 170 darjah celsius. Bakar selama 14-15 minit.
Source : Buku "Jom Berjimat menyediakan Roti" oleh Norhayani Mohd Nor
No comments:
Post a Comment