Bahan Utama 225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"* 150 g tepung gandum* 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 125 g gula aising 75 g kelapa kering, kisar halus 25 g serbuk badam 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji) 1/2 camca teh esev vanilla 155 g mentega
Untuk Hiasan:- Ceri merah, dipotong kecil Kelapa kering 1 kuning telur, untuk disapu
Cara membuatnya
Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese. Kemudian campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cheese dan gaul sebati.
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim sampai berbuih2. Lepas tu tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu dan kacau sebati. Sediakan bekas kek yg digriskan bawahnya & salut dengan kertas baking tepinya. Tuang adunan kek ke dalamnya.
Bakar kek selama sejam dgn cara au bain-marie (waterbath) pada suhu 160 degrees C. Kaedah waterbath adalah balut bekas kek with aluminium foil, then letak bekas kek atas dulang pembakar, then tuang air panas atas dulang pembakar sekurang-kurangnya separuh tinggi bekas kek dan letak dalam oven.
Cara-cara membuat butter cream
Pukul krimwell dan mentega sehingga putih.
Masukkan gula dan pukul hingga larut.
Masukkan esen dan susu dan pukul hingga rata.
Source : My Resepi & Variasi Cupcakes by Nor Aini Adnan
Bahan Pastri : 220 g tepung gandum 125 g mentega sejuk (dipotong dadu) 1 camca besar gula aising 1 bj telur (dipukul sedikit) 1/2 camca teh serbuk bawang putih
Bahan Inti : 1 tin tuna 1 biji bawang besar dicincang halus 1 ulas bawang putih 1 cawan mix vege 1 camca besar mentega 1/2 cawan susu segar 2 helai bay leaf 1/2 ketul kiub pati ikan bilis 1 camca teh serbuk lada hitam 2 camca besar hirisan daun bawang* 25 g parutan keju cheddar* *untuk hiasan
Bahan Kastard : 3 biji telur 1/3 cawan susu segar 1/2 camca teh lada hitam secubit garam *Gaulkan semua bahan sehingga rata
Cara Membuat : 1. Untuk Pastri : Masukkan tepung, gula aising & serbuk bawang putih. Masukkan mentega dan gaul hingga jadi serbuk roti. Tuangkan telur sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh dan tidak melekat di mangkuk. Simpankan dalam peti sejuk selama 20 minit. 2. Untuk Inti : Cairkan mentega, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan bay leaf, mix vege dan gaul hingga rata. Campurkan tuna, serbuk lada hitam, kiub pati ikan bilis dan susu segar dan masak sehingga kering. 3. Untuk Quiche : Canaikan pastri dan ratakan kedalam acuan tart. Kemaskan dan potong lebihan doh. Cucukkan doh dengan garfu dan bakar pada suhu 175C selama 15 minit. Masukkan bahan inti dan kastard. Taburkan daun bawang & keju dan bakar selama 25 minit atau sehingga keemasan.
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata. 5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. 6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. 7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Cara-cara: 1. Pukul cream cheese hingga gebu. 2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.