Friday, November 06, 2009

Tuna Quiche

Bahan Pastri :
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk (dipotong dadu)
1 camca besar gula aising
1 bj telur (dipukul sedikit)
1/2 camca teh serbuk bawang putih

Bahan Inti :
1 tin tuna
1 biji bawang besar dicincang halus
1 ulas bawang putih
1 cawan mix vege
1 camca besar mentega
1/2 cawan susu segar
2 helai bay leaf
1/2 ketul kiub pati ikan bilis
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar hirisan daun bawang*
25 g parutan keju cheddar*
*untuk hiasan

Bahan Kastard :
3 biji telur
1/3 cawan susu segar
1/2 camca teh lada hitam
secubit garam
*Gaulkan semua bahan sehingga rata

Cara Membuat :
1. Untuk Pastri : Masukkan tepung, gula aising & serbuk bawang putih. Masukkan mentega dan gaul hingga jadi serbuk roti. Tuangkan telur sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh dan tidak melekat di mangkuk. Simpankan dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Untuk Inti : Cairkan mentega, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan bay leaf, mix vege dan gaul hingga rata. Campurkan tuna, serbuk lada hitam, kiub pati ikan bilis dan susu segar dan masak sehingga kering.
3. Untuk Quiche : Canaikan pastri dan ratakan kedalam acuan tart. Kemaskan dan potong lebihan doh. Cucukkan doh dengan garfu dan bakar pada suhu 175C selama 15 minit. Masukkan bahan inti dan kastard. Taburkan daun bawang & keju dan bakar selama 25 minit atau sehingga keemasan.


Source : Resepi C&P from Mat Gebu

1 comment:

Evon said...

Your tuna quiche is great.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails