Friday, November 08, 2013

KEK BATIK CHEESE PESONA WITH SALTED CARAMEL


 
Lapisan Coklat ( Kek Batik Coklat Beragar - Agar )

Bahan²
2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat ( tin 505gm ) _hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing²
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit

Cara²
  1. Sediakan Loyang yang dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
  2. Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar². Kacau sehingga cair ( *kacau hingga serbuk agar²  larut dan air mendidih ).
  3. Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali.
  4. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit dan gaul sehingga milonya sebati.
  5. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi. ( *boleh rasa cicip kemanisan yang disukai ).
  6. Setelah pekat ( adunan yang mengandungi agar² ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal ). 
  7. Boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
  8. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  9. Ulangi langkah No. 7 dan 8 sehingga adunan habis (tinggalkan sedikit adunan coklat untuk lapisan terakhir selepas lapisan cheese ).
  10. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  11. Potong dan siap untuk dihidangkan.
  12. *Untuk kek batik coklat beragar² ini tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti ais, sudah boleh dinikmati dan dipotong.
Lapisan Cheese ( Kek Lapis Cheese Persona )
 
Bahan² ~ ( Saiz 9x9 )

A

2 bungkus biskut marie perisa coklat - lebih kurang 600 g ( ryo guna jenama LEE ) 
500 ml susu segar, dipanaskan

B

500 g cheese cream ( Philadelpia / Tartura )
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Cara²
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik / kertas minyak / baking paper.
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Ambil sekeping² biskut dan celup ke dalam susu ( suam² panas ).. terus susun dalam bekas.. ( Celup 1 saat je taw ).
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese. ( Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas²kan je dalam penapis tu.. jadi serbuk lah ia.. )
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
:: Ini pula cara yang dibuat untuk mengabungkan 2 resipi di atas ~ 
  1. Keluarkan lapisan coklat ( kek batik coklat beragar² ) dari peti ais dan susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan coklat.
  2. Ratakan adunan cheese di atasnya ( tuang adunan tu sekaligus ).
  3. Kemudian susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan cheese.
  4. Ratakan lapisan coklat ( adunan kek batik coklat beragar² ) di atasnya.
  5. Masukkan ke dalam peti ais semalaman.
  6. Hidang bersama Salted Caramel.
 

Source : Resepi C&P from Diana

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails