Thursday, June 27, 2013

Kek Lapis Cadburry Pandan


bahan-bahan: loyang 8" x 8"
  • 500g mentega berkualiti tinggi (dayang menggunakan mentega Anchor)
  • 300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian ditimbang)
  • 150g gula halus
  • 10 biji telur gred A 
  • 75 ml air sejuk (dari peti ais)
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 11/2 sudu besar ovalette
  • sedikit esen vanilla
  • 300g susu pekat manis
  • kepingan coklat Cadbury secukupnya
  • pes pandan secukupnya
  • kelapa parut kering (optional)
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Alaskan loyang dengan baking paper. 
  2. Satukan tepung biskut marie, santan serbuk, telur, ovalette, gula, esen vanilla dan air sejuk ke dalam mangkuk pengadun dan putar adunan hingga kembang. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan tepung tadi. Sebatikan.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3)
  5. Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal. 
  6. Ambil 7 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing).
  7. Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua).
  8. Kemudian sudukan 7 sudu besar adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut ciatarasa. Jika suka, taburkan sedikit kelapa parut kering pada adunan hijau tadi. Kemudian barulah dibakar/gril. 
  9. Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis. 
  10. Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit. 
  11. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Source : Resepi C&P from Dayang

Cheese Tart


Thanks Fatin

Tuesday, June 18, 2013

Coconut Macaron


COCONUT MACARONS
Sumber:Love Food

Bahan-bahan:
50g serbuk almond
25g kelapa parut kering
115g gula aising
2 biji putih telur gred A
50g gula caster

2 sudu besar kelapa parut kering untuk hiasan-dibakar 8-10 minit dlm oven pd suhu 150'C

Cara membuat:
  1. Sediakan 2-3 dulang yang bersih dan kering,kemudian alas dengan baking paper.Ketepikan. Sediakan piping bag yg diletak nozel no 10.
  2. Masukkan serbuk almond,serbuk kelapa & gula aising ke dalam food processor & process selama 15 saat.Ayak ke dalam mangkuk yang bersih dan kering.
  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering/bebas minyak pukul putih telur sehingga soft peak, kemudian masukkan gula caster sedikit demi sedikit (buat 3x) dan putar lagi hingga benar2 stif peak (tanduk meringue menegak).
  4. Masukkan serbuk almond yg telah diayak tadi ke dalam meringue sedikit demi sedikit (3x) dan kaup balik guna spatula hingga rata (kaup satu arah ye).Sengetkan spatula,jika adunan jatuh berlipat macam ribbon dah ok la tu.
  5. Masukkan adunan dalam piping bag,picitkan adunan ke atas dulang tadi sebesar 50 sen atau sesuai dengan saiz yang anda gemari.Hentakkan/ketuk2 dulang 2-3 kali untuk buang buih2 udara dan juga untuk bagi adunan rata.Tabur kelapa bakar di atasnya.
  6. Biarkan adunan betul-betul kering (40-60 minit),jika disentuh dengan jari adunan tak melekat pada jari (boleh kipas atau letak dlm bilik aircond untuk mempercepat pengeringan)
  7. Bakar macarons dalam oven pada suhu 150'C selama 12-15 minit guna api bawah dan atas. 
  8. Setelah masak,keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum diletak inti.



Source : Resepi C&P from Rahel

Pandan Layer Cake

 
Pandan Layer Cake
Saiz kek: 8 x 8 x 3 inci

Bahan bahan Kek:
5 biji telur Gred A
160 gm gula
125 gm tepung gandum*
1 sk baking powder* (*disatukan dan diayak)
75 gm minyak jagung
15 gm ovallate
1 sk paste pandan
2 sb susu segar/cair

Bahan bahan Kastard:-
1050 gm santan ( 200ml santan kotak + air)
225 gm gula
10 gm serbuk agar agar
1 sk paste pandan
100 gm tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 daun pandan dgn 75ml air dan tapis)
Secubit garam

Untuk Kek:-
Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.

Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. 

Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong secara horizontal menjadi 3 keping dengan pisau bergerigi.

Untuk Kastard:-
Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

Untuk Membuat Lapisan Kek Pandan:-
Gunakan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit. 

Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.

Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering, jika suka. Dengan cara itu, kita bolehlah tutup kekurangan kek yang ada.

Bahagian yg berkastard tu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ni dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..

Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk sejuk.
 

Source : Resepi C&P from Azie

Friday, June 14, 2013

Banana Cream Cheese Muffins

Bahan-bahan

200gram tepung gandum
50gram cream cheese
2 biji telur
90gram gula
1 penutup (2 sudu kecil)  esen vanila
100ml susu segar@bancuhan susu tepung
80gram pisang lecek
secubit garam
75gram butter@marjerin
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda ( ni klu tak mau letak pun takpe)
1 sudu besar madu
( sedikit coklat cip atau coklat urai)

( kalau nak letak sedikit tepung jagung pun boleh, dalam 2 sudu kecil lah)
Cara-caranya
  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda, ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus). 
  2. Dengan Menggunakan hand mixer,  pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan, cream cheese, pukul lagi selepas itu masukkan telur satu persatu, pukul hingga semua sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar.
  4. Masukkan pula madu, secubit garam, pisang lecek dan esen vanila, kacau sebati. 
  5. Panaskan oven suhu 170 darjah, sudukan adunan ke dalam acuan muffin, paras adunan pastikan 3/4 acuan muffin, supaya muffin elok naik nye nanti. Kemudian taburkan coklat chip atau coklat urai di atasnya.
  6. Bakar selama 25 ke 30 minit ataupun sehingga permukaan muffin agak perang, cucuk muffin dengan lidi, bagi memastikan muffin benar-benar masak. 
  7. Sejukkan atas redai besi, dan sedia untuk dihiaskan dengan ape jua cream kegemaran anda. Selamat Mencuba. ( ros cuma taburkan permukaan muffin dengan sugar powder sahaja).
 Source : Resepi C&P from Jintanmanis

Pulut Mangga


Thanks Mak. :)

Puding Karamel Oren



Bahan Karamel Oren
180gm gula pasir
2 sudu besar air + 2 sudu besar jus oren atau sunquick

Bahan Puding
8 biji telur
130gm gula pasir
60ml (2 sudu besar) jus oren atau sunquick
1 sudu besar tepung jagung
400ml susu sejat Ideal (1 tin)
100ml susu segar
*** Jika menggunakan sunquick tambahkan sukatan gula kerana agak masam. 

Cara-cara :
  1. Karamel Oren :  Masak gula pasir hingga cair dengan api kecil  (jangan di kacau sehingga semua gula cair) baru di tuang air, jus oren di tepi periuk supaya tidak terpercik.  Tutup api dan kacau cepat-cepat.  Kemudian tuangkan ke dalam loyang 9".
  2. Puding : Satukan semua bahan puding, pukul hingga rata, kemudian tapis ke dalam loyang berisi karamel oren. 
  3. Panaskan pengukus, kukus selama 30 minit atau di bakar di dalam oven secara bain marie selama 1 jam. 
  4. Biarkan puding sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di terbalikkan ke dalam pinggan (karamel berada di atas) dan di hidangkan.
*** Selain jus dari buah oren, jus oren dari sunquick juga boleh di gunakan.
*** Kaedah bain marie / stim bath utk mengelak puding menjadi hangus. 

Source : Resepi C&P from Kak Wan

Friday, June 07, 2013

Happy Birthday




Happy Birthday Abah, Fuad, Hazim, Danial & Farhana

Neopolitan Japanese Cotton Cheesecake



Bahan-bahan ( 8-inci ) Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
 
* Utk hasilkan kek versi neopolitan seperti yg K.Nor buat:
  • bahagikan kek kepada 3 bahagian 
  • satu bahagian dicampur dgn 1/2 sudu kecil chocolate emulco, kacau hingga sebati (jgn overmix) 
  • satu bahagian lagi dicampur dgn 1/2 sudu kecil esen vanila 
  • adunan ke tiga dicampur dgn 1/2 sudu kecil strawberi emulco dan sedikit pewarna pink/merah 
  • masukkan adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, kemudian baru masukkan adunan plain keatasnya dan ratakan 
  • akhir sekali tuangkan adunan pink/merah ke atasnya dan ratakan
 
Source : Resepi C&P from Kak Nor

Ice Cream Cake


Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
  1. Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. 
  2. Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dgn kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit. 
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu. 
  4. Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati. 
  5. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit. 
  6. Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
Cara-cara melapis Ice cream cake
  1. Kek span
  2. Ice Cream Haan Powder (Bancuh ikut resepi yg tertera pada bungkusan)
  3. Kacang/ Mashmallow or Cornflakes
  4. Ulangi Langkah diatas sehingga siap dan bekukan kek sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
Source : Resepi Kek Span C&P from Rahel

Kek Lobak Merah Amerika


Thanks Sha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails