Bahan-bahan A
210 gm mentega
80 gm gula aising
2 sudu teh pes kapucino
Secubit garam
Bahan-bahan B
220g Tepung Red Rose *
50 gm tepung jagung *
20 gm tepung kentang *
2 sudu besar susu tepung *
1/8 sudu teh serbuk penaik *
50 gm coklat urai
* diayak
Bahan-bahan hiasan
Cip Coklat
Cara-cara
- Pukul bahan A dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
- Masukkan bahan B. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Masukkan doh ke dalam acuan bunga cina dan paipkan di dalam dulang pembakar.
- Hiaskan dengan cip coklat.
- Bakar pada suhu 150C selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment