Thursday, October 31, 2013

Aeroplane Danish




 
Kek Coklat Lembab
 
Bahan A:
300g tepung gandum
100g serbuk koko
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan
 
Bahan B:
3 biji telur A saiz
400g gula kastor
1 tsp esen vanilla
 
Bahan C:
250ml susu cair
250ml minyak jagung
 
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lembut,bolehlah tambahkan 2 sudu besar susu
pekat manis
 
Bahan D:
250ml air panas
 
Satukan bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair,jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu
pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan
spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang aduna dalam Loyang empat persegi ukuran 8 inc yang telah digris dan dilapik dasar
Loyang dengan kertas minyak
 
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam hingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna,cucuk tengah kek secara sendeng dengan
lidi bersih.Bila lidi keluar bersih ini bermakna kek telah dibakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak.
 
Source : Resepi C&P from Kak Ita

Goodies - Biskut Lidah Kucing



Goodies for Danish Birthday Celebration

Puding Jagung


Bahan - bahan :

1 tin susu cair
1 tin jagung *
1 tin tepung kastard *
3 tin santan *
3/4 tin gula *
Daun Pandan
Garam
* semua guna sukatan tin susu cair

Cara-cara :

Kacau atas dapur dengan api perlahan sehingga pekat dan tidak melekat di periuk.

Carrot Cake


Bahan-bahan
Bahan A
3bj telur
150g susu
300g gula (haiza cuma guna 200g)
1/2 sdk garam

Bahan B
180g minyak sayuran
1 sdk esen vanila

Bahan C
280g tepung
1 sdk serbuk penaik
1 sdk soda bikarbonat
1/2 sdk serbuk kayu manis

Bahan D
200g lobak merah dihiris
120g walnut dicincang

Creamcheese topping

250g krim keju
60g mentega
120 g gula aising
1/2 bj parutan kulit lemon
2 sdb jus lemon

Cara-cara

Kek
  1. Pukul (A) hingga pekat. Tambah (B) dan pukul lagi hingga sebati.
  2. ayakkan (C) dan gaulkan ke dalam adunan hingga rata.
  3. Masukkan (D) dan sebatikan.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang gigris dan alas.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 30-45 minit.
Creamcheese
  1. Putarkan krim keju hingga licin. Masukkan mentega dan putar lagi hingga sebati. Tambah gula dan putar lagi hingga adunan menjadi rata.
  2. Masukkan parutan kulit lemon dan jus. Gaulkan.
Source : Buku Fruity Cakes dr Alex Goh

Monday, October 28, 2013

Kek Buah


BAHAN-BAHANNYA :
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega SCS
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan 

CARA MEMBUATNYA :
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai.... 
Source : Resepi C&P  from Mat Gebu

Monday, October 07, 2013

Cheese Tart Apple Crumble


Bahan Kulit Tart
60gm gula kaster / gula icing
250gm tepung gandum
130gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam
*** menggunakan gula kaster menjadikan kulit pastri lebih ranggup

Cara-cara 
  1. Satukan gula kaster dan tepung gandum.  Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti. 
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk (air di tambah jika perlu).  Uli hingga menjadi doh yang lembut. 
  3. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit.  Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini.  Trim lebihan dibahagian atasnya. 
  4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C. 
  5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.
Apple Filing
4 biji apple hijau - kupas dan dadu
50gm gula kaster
1 sudu kecil parutan kulit lemon
1 sudu besar jus lemon
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh tepung gandum

Cara-cara : 
Satukan semua bahan filing dan masak dengan api perlahan hingga air mengering dan pekat.  Angkat dan ketepikan.

Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
60gm gula ising
1 biji telur
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese dan gula hingga lembut.  Masukkan telur dan putar hingga sebati.  Masukkan jus lemon dan tepung jagung, putar lagi hingga rata dan licin. 
  2. Masukkan adunan ke dalam piping bag kemudian gunting muncungnya.  Ketepikan.
Topping Crumble
120gm tepung gandum
35gm gula kaster
80gm mentega sejuk - potong kecil
100gm walnut / pecan (panggang dan cincang)

Cara-cara :
Satukan semua bahan kecuali walnut.  Ramas menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.  Masukkan walnut cincang dan gaul rata.

Penyediaannya :
  1. Ambil sedikit filling apple masukkan dalam kulit tart.
  2. Paipkan cream cheese sehingga penuh.
  3. Tabur dengan topping crumble.
  4. Bakar dalam oven yang dipanasakan dahulu pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga masak.

Source : Resepi C&P from Kak Wan

Mix Cheese Tart


Cake Durian


Chawanmushi

Bahan-bahan
  • 1 biji telur size L
  • 160ml stok dashi - jika tiada bleh gune stok ayam@ikan bilis
  • 1/2 sk souyou@kicap jepun - jika tiada bleh ltk garam sedikit shj
  • 1/2 sk gula
Filling - bleh ltk ikut suka
  • 50g daging ayam - potong kecil2
  • 2 ekor udang segar - buang kulit
  • 2 biji shitake mushroom - hiris
  • 2 batang crab stick
  • 1/2 sk syouyu@garam@kicap cair
  • 1/2 sk minyak bijan - optional
  • daun ketumbar
  • potongan carrot kukus utk hiasan
Cara-cara
  • Gaul ayam dan udang segar dengan syouyu dan juga myk bijan. ketepikan.
  • Kocok telur sebentar. Masukkan stok dashi, syouyu dan sedikit gula. Kacau kemudian tapiskan.
  • Sediakan cawan@tea cup, masukkan ayam, udang, crab stick. Tuangkan telur tadi.
  • Panaskan kukusan. Kukus 10-12min dengan api perlahan. Tutup periuk kukusan dengan kain. Boleh juga menggunakan oven dengan kaedah waterbath. Tapi pastikan bekas tuh bleh masuk oven yer!
  • Dah masak, angkat dan letak hirisan daun ketumbar dan juga potongan carrot kukus td.
  • Siap dihidang.
Source : Resepi C&P from Hana

Pavlova

Bahan:
4 biji putih telur (Rahel guna telur gred A)
1 cawan gula halus
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan non-dairy whipping cream-putar hingga kembang
Buah-buahan segar seperti strawberry,blueberry,peach (pilihan)

Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180'C,buat satu bulatan berukuran 9'' pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alaskan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti).Ketepikan. 
  2. Putar telur hingga berbuih,guna kelajuan tinggi,masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar lagi hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung,kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanila dan cuka makan,gaul rata.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan bulat dan tinggi sedikit,tak perlu kemas-kemas sangat. 
  4. Turun suhu oven pada suhu 130'C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit,guna api atas dan bawah.Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang,matikan api oven,renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven. 
  5. Bila sejuk,berhati-hati,alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. 
  6. Tuangkan non-dairy whipping cream yang sudah diputar tadi ke atas pavlova dan ratakan. 
  7. Hias dengan buah-buahan segar seperti dalam gambar.
Source : Resepi C&P from Rahel

Sausage Puff


Apple Puff




Cream Puff Durian


Choux pastry
125g milk
125g water
125 salted butter (add 5g salt if you using unsalted butter (original recipe))
5g sugar
250g eggs ( 5 medium eggs ), lightly stir
163g all purpose flour (sifted)

Method
1. Boil together milk, water, butter and sugar in a saucepan over medium high flame.
2. Remove from heat, using a wooden spoon, quickly stir in sifted flour until combined and mixture comes together into a ball. Return to low heat and cook, stirring constantly until the mixture leaves the sides of the saucepan and film forms on the bottom of the pan (3-4mins).
3. Transfer the dough to a clean mixing bowl and stir the dough till reach room temperature(no steam).
4. Gradually add in egg mixture and stir to incorporate (you may use wooden spatula to stir or use a mixer with paddle attachement to beat). Mix thoroughly until desired texture ( to check-scooping it up using a wooden spoon, the batter should hang down about 20sec before drop down).
5. Pour batter into a piping bag fitted with a 1cm piping tip. Pipe on a baking tray line with non-stick baking paper, allow 2"-3" gap in between each batter.
6. Bake at preheated oven at 190c for 20mins.
7. Transfer to a wire rack to cool.

Craquelin
75g butter
75g brown sugar
90g all purpose flour, sifted

Method
1. Beat butter and brown sugar till light and creamy.
2. Add in sifted flour, mix to combine.
3. Keep in fridge to harden.
4. Place dough in between two sheets of plastic sheet, roll into thin sheet (1-2mm).
5. Cut into small square and place on top of the choux pastry.

Durian cream
100g non-dairy whipping cream
120g durian flesh, use fork to stir well

Method
1. Beat whipping cream over high speed till peak form.
2. Add in durian flesh, mix well.

** you may replaced with other type of fillings, your choice!


Source : Resepi C&P from Sonia

Muffin Apple Crumble Walnut



BAHAN-BAHANNYA :
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
75 g mentega cair
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
1/2 cawan tepung gandum*
60 g mentega, dadu kecik2 dan sejukkan*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 cawan gula pasir kasar*(*bahan untuk crumble)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
  3. Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
  4. Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!
Source : Resepi C&P from CMG

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails