Monday, March 01, 2010

Cheese Choc Cake Again


Bahan-bahan ( 18cm )

  • Lapis Bawah:
  • 120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
  • 70gm unsalt butter (dicairkan)
  • Lapis Atas:
  • 250gm cream cheese (lembutkan)
  • 120gm gula kastor
  • 2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
  • 150gm whipping cream
  • 1 ½ tbsp gelatine
  • 80ml full cream milk
  • Chocolate mousse:
  • 250gm whip cream
  • 1 tbsp vanilla essence
  • 1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
  • 50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
  • 1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
  • Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)
  • Chocolate ganache:
  • 35gm serbuk koko
  • 50gm gula kastor
  • 150gm whipping cream
  • 80gm chocolate masak
  • 30gm mentega

Cara-cara

  1. Lapisan bawah:
  2. Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang telah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.
  3. Lapisan atas:
  4. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg telah dihancurkan, whipping cream)
  5. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese tadi. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan tadi dan masuk dalam peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)
  6. Chocolate mousse:
  7. Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse
  8. Chocolate ganache:
  9. Masukkan semua bahan dalam mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache dah keras, boleh la dihidangkan.
  10. Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rasa agak manis sedikit. So kalau siapa yang tak suka manis2, boleh kurangkan sikit sukatan gula. Selamat mencuba!
  11. *note: sape yg rasa nak makan cake ni macam ice cream boleh bekukan dlaam freezer..an d siapa yang nak cake ni sejuk biasa..boleh la letakkan cake ni dalam peti ais biasa bukan freezer)..tp kena biarkan at least 8hrs or lagi baik semalaman untuk dptkan cake yg ok..
  12. *note: kalau cake ni dibekukan dalam freezer..lama kelamaan cake ni akan cair sedikit..bak kata chef bila cheese beku jadi ais..nanti bila kluar dari freezer, ais tu akan cair..so simpan dalam peti ais biasa maybe boley menyelamat keadaan mcm ni..hehehe..harap2 petua ni boleh membantu anda semua.
Source : Resepi C&P from damnmachine

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails