Tuesday, January 31, 2012

Seri Muka Pandan

Lapisan Bawah

500g pulut
300ml santan (haiza gunakan Santan Sawit)
300ml air
2 sdt garam

Cara-cara
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam @ semalaman
  2. Basuh bersih & toskan
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati
  5. Tekan dalam loyang & sapukan sedikit batter

Lapisan Atas
Bahan A
250g gula pasir
400ml santan (haiza gunakan Santan Sawit)
100g tepung kastard

Bahan B
200ml air
5 biji telur (dikacau rata)
1/2 sdt garam
1/4 sdt pandan paste
pewarna hijau

Cara-cara
  1. Satukan Bahan A kacau rata & masukkan bahan B kacau hingga sebati
  2. Tapiskan ke dalam periuk & masak
  3. Kacau sehingga naik wap
  4. Tuang ke atas lapisan bawah & kukus selama 30 minit
Source : Resepi dari kelas Chef Asma

Monday, January 30, 2012

Sausage Fettuccine


Bahan2 :

500 g Fettuccine
1 Botol Prego Sos Merah
1 biji Bawang Besar
3 batang Lobak Merah dipotong dadu
1 pek Sosej Ayamas
400g Ayam cincang Ramly
Air
Minyak Zaitun
Keju secukupnya

Cara2
  1. Rebus Fettuccine sehingga masak
  2. Tumis Bawang sehingga wangi, masukkan ayam cincang.
  3. Masukkan Sos Merah dan 3 ketul sosej yang diblend.
  4. Masukkan Air, Sosej, Lobak Merah.
  5. Masak sehingga mendidih.

Rainbow Velvet Cake Again


Thanks Kak Naha. Enjoy!!

Saturday, January 28, 2012

Rainbow Velvet Cake with Cream Cheese Frosting

Kek diorder oleh Puan Nahariah untuk surprisekan suami tercinta Encik Fairullizan Jaafar.



Resepi kek boleh tgk kat sini. Cuma kali ni guna cream cheese frosting dr resepi Alex Goh.

250g Cream Cheese
60g butter
120g icing sugar
1/2 tsp lemon zest
1/2 tbsp lemon juice

Source : Resepi Kek dr Yatie & Cream Cheese dr Alex Goh

Friday, January 27, 2012

Apple Almond Puff


BAHAN-BAHANNYA :-)
Pastry Puff secukupnya
2 biji epal hijau
1/3 cawan kismis
1 camca besar serbuk badam
1 batang kayu manis
2 camca besar mentega
1 camca besar gula peerang (brown sugar)
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK INTI :- Kupas epal hijau tadi, buang empulur dan dadu kecil2. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan kayu manis, epal dan kismis, goreng hingga harum, masukkan gula peerang dan kacau rata. Kecilkan api dan masak hingga epal lembut. Tambah badam kisar, garam dan tepung jagung. Kacau rata dan biar inti pekat dan kelihatan kering sedikit, tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK APPLE ALMOND PUFF :- Canai puff pastry setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat berukuran 3.5 inci sebanyak 2 keping. Isi 1 1/2 camca teh inti tadi, sapu sedikit kuning telur pada tepi2nya dan tutup dengan 1 keping lagi, kemas2 kan dan tekan dengan garfu sekeliling pastry tadi. Kemudian, buat corak atas permukaan pastry. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 19oC selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Menghasilkan kurang lebih 8 - 10 biji, bergantung pada saiz acuan...
Source : Resepi C&P from Mat Gebu

Thursday, January 26, 2012

Kek Opera


Bahan-bahan Kek

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur

Bahan B
50 gm butter - di cairkan

Bahan C

60 gm tepung gandum - diayak

Bahan D

115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

  1. Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C
  2. Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
  3. Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
  4. Ketepikan
Bahan A
  1. Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
  2. Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
  3. Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
  4. Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.
Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan. Ketepikan

Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Mocha Buttercream
100 gm putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste

Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) ita panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.

Kalau ikut resepi, masukkan buter satu persatu dalam adunan.
Cara ita pula, ita pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
Ketepikan


Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream

Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.

Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.

Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek.
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.
Ita gunakan pisau seperti dalam gambar untuk memotong dan ianya sangat mudah.

Ambil sekeping kek.
Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.

Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
Ratakan.
Ita masukkan butter cream tadi dalam piping bag dan paipkan atas kek.

Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan 1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup


Ita masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya.
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Ganache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.


Source : Resepi C&P from Kak Ita


Donut Tofu Lembut

Bahan-bahannya

300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

Cara-cara

  1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Source : Resepi C&P dr Ros


Friday, January 20, 2012

Wednesday, January 18, 2012

Saturday, January 14, 2012

Bow Tie Carbonara


Bahan2 :

250g Bow Tie Pasta direbus and tos
1 bj Bawang Besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin Preggo Carbonara Sos
1 cawan susu segar
5 sosej dihiris
4 kpg chicken smoked
Lada hitam
Basil
Cili Padi (sekiranya suka)
Parmesan Cheese

Cara2 :

  1. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan sos carbonara
  2. Masukkan susu, lada hitam, basil
  3. Biarkan mendidih, masukkan sosej, chicken smoked
  4. Masukkan cili padi dan pasta
  5. Masak sehingga kering
  6. Taburkan parmesan cheese

Elbow Carbonara


Roti Sosej


Pain Au Lait


Ingredients

230g All purpose flour

60g Bread flour
125g Whole milk

4g Instant yeast

50g Egg (about 1)

38g Sugar

5g Salt

63g Unsalted butter
Pearl sugar, for sprinkle at the top


Method :

  1. Mix the milk and yeast together, set aside.
  2. Put the bread flour and sugar in a bowl, whisk to combine, add the salt whisk again. Pour the liquids mixture and egg into the bowl.
  3. Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together.
  4. Take the dough out of the bowl and knead.
  5. Knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Until all the dough are moisten.
  6. Add the soften butter, give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough.
  7. Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny, the dough will stop sticking to your hand.
  8. Cover the bowl with a tea towel or cover with the plastic bag and leave the dough to prove for about 30 minutes.
  9. Preheat the oven to 210°C
  10. Gently press down the dough and cut the dough into 10 pieces, let the dough rest for 15 minutes. Use a rolling pin to roll the dough into a circle, about 8 cm. Fold the dough and roll into a small batard.
  11. Cover the shaped dough; let rise until almost doubled in volume, about 30-40 minutes. Before baking, brush the dough with egg wash and use a scissor to cut the top of the dough. Sprinkle the pearl sugar on top.
  12. Bake for 10-12 minutes, or until the bread is golden.

Source : Resepi C&P drp daily delicious

Sunday, January 08, 2012

Muffin Yogurt


Small gift for Janice. Thank you for the order & congratulations.


Bahan-bahan

120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry



Caranya:
  1. Panaskan oven ke 180 C.
  2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat nanti muffin keras.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.
Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.

Source :Resepi C&P from Izah

Monday, January 02, 2012

Talam Keladi


Bahan2 Lapisan Bawah

220 g tepung beras
40g tepung ubi
300 ml pati santan
700 ml air
1 1/2 sdk garam
250g ubi keladi yg dikukus selama 5 minit

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan
  2. Tapis dan masukkan dalam periuk
  3. Masak sehingga berwap dan masukkan dalam loyang saiz 10x10x3
  4. kukus selama 30 minit

Bahan2 Lapisan Atas

150 g tepung gandum
5 bj telur
250 ml pati santan
500 ml air
1/4 tsp Pewarna Ungu

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan
  2. Tapis dan masukkan dalam periuk
  3. Masak sehingga berwap dan masukkan dalam loyang saiz 10x10x3
  4. Kukus selama 30 minit
Source : Resepi dr Chef Asma

Kek Lapis Sisik Ikan




Macam tak jadi je....salah teknik susun asam agaknya...takpe boleh cuba lagi... :)

Bahan2:
  • 10 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 150 gula halus
  • 1 sudu makan ovelet
  • 110ml air sejuk(dari peti sejuk)
  • 1 tin kecil serikaya-170g
  • 100g horlicks
  • 1 sudu kecil esen vanila(optional)-tak letak pun takpe
  • 5 sudu makan susu pekat
  • 300g mentega
  • 200g tepung hongkong/superfine
  • Asam manis
Cara2:
  1. Dalam sebuah bekas,masukkan mentega dan susu pekat. Pukul sehingga sebati dan berkrim. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain,masukkan telur,gula dan ovelet dan pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan serikaya sambil terus dipukul lagi. Masukkan horlicks,tepung(sudah diayak) dan esen vanila. Kaup balik/pukul sebati guna kelajuan minima.
  3. Setelah itu masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil terus dipukul sehingga sebati..
  4. Gunakan senduk dan gaul(kaup balik) adunan agar benar2 sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 150c (api atas sahaja). Griskan loyang dengan mentega dan tabur tepung rata2..boleh juga gunakan baking paper untuk alas cam biasa.
  6. Sendukkan lebih kurang 6 sudu makan dan bakar menggunakan api atas. Bakar selama lebih kurang 5 minit atau sehingga atas kek keperangan.(bergantung kepada kepanasan oven masing2 yer.
  7. Lapiskan lagi dengan 6 sudu makan adunan. Bakar lagi sehingga keperangan. Keluarkan lagi dan cucuk hawflakes secara condong sehingga separuh tenggelam.
  8. setelah selesai seluruh permukaan kek,sudukan lagi 6 sudu adunan dan bakar sehingga keperangan. Ulangi langkan 6,7 dan 8 ini sehingga selesai.
  9. Banyak atau sedikit asam manis terpulang kepada cara susunan hawflakes atau ikut selera masing2..
Source : Resepi C&P dr Hasue

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails