Monday, December 31, 2012

Tuesday, December 25, 2012

Mini Pavlova


Bahan-bahan

200ml putih telur (4 biji)
160gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh tepung jagung
200ml whip cream / thickened cream / double cream
Buah-buahan segar, strawberry, blueberry, physalis, kiwi atau yang di sukai

Cara-cara : 
  1. Panaskan oven pada suhu 120C.  Alas dulang pembakar dengan kertas baking / silpat mat. 
  2. Pukul putih telur dalam mangkuk mixer yang bersih dan kering hingga berbuih.  Masukkan gula kaster, cream of tartar dan tepung jagung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk. 
  3. Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan bulat 6 dia. Ratakan permukaannya dengan spatula.  Angkat acuan perlahan-lahan.  Jika tiada acuan, lukis bulatan di atas kertas parchment dan picit meringue ke dalamnya. 
  4. Untuk hiasan tepi, masukkan meringue ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan picit keliling tepinya dengan corak kegemaran. 
  5. Bakar di rak tengah selama 1 jam.  Tutup suis oven dan biarkan pavlova mengering di dalamnya selama 30 minit.  Permukaan dan tepi pavlova kelihatan retak dan berwarna kuning keemasan. 
  6. Pukul whip cream hingga kental.  Picit / sapu ke atas pavlova dan tabur dengan buahan-buahan hiris. 
  7. Rasanya manis, ranggup di luar dan lekit di dalam,sediakan dengan buahan-buahan kegemaran ..

Source : Resepi C&P from Kak Wan

Monday, December 17, 2012

Apple Crumble Pie

 
Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais

Gaulkan tepung dengan gula aising
Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti
Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.
masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
 
Bahan Inti
5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung

Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis
Ketepikan
Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan hirisan Apple. Gaul rata
Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.
Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat
Angkat dan biarkan sejuk

Bahan Crumble
75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula
35g chip cokelat

Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata

Cara Menyediakan Pie
Panaskan ketuhar pada suhu 220C
Sediakan acuan pie 12"
Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.
Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan
Tutupkan atas pie dengan crumble.
Hiaskan dengan baki hirisan apple
Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.
Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.


Source : Resepi C&P from Kak Ita

Monday, December 10, 2012

Quiche bayam, cendawan & sosej



BAHAN-BAHAN PASTRY :
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu kecil
1 camca besar gula aising
Secubit garam
Satu biji telur, dipukul sedikit

Cara-cara :

Masukkan mentega sejuk dalam tepung gandum bersama gula aising dan secubit garam. Gaul ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan2 teksture serbuk roti. Tuang bancuhan telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Jangan risau jika telur tida habis digunakan. 
BAHAN INTI : (olahan haiza)
1 ikat sayur bayam
1 packe cendawan shitake dihiris nipis
1 biji bawang besar, didadu
4 sosej ayam dihiris nipis
1/2 cawan susu sejat "IDEAL"
1/2 camca teh lada hitam yang baru ditumbuk
1 camca besar mentega
Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Sayur bayam direbus dan ditoskan. Sejukkan dan akan digunakan kemudian.
  2. Panaskan mentega dalam kuali, gunakan api sederhana. Tumis bawang besar, masukkan cendawan dan soseh, masak sekejap dan tuang susu cair. Tambah lada hitam, dan sedikit garam. Kecilkan api dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan inti tadi.
BAHAN LAIN :
2 biji telur saiz "A"
1 cawan susu segar
Secubit garam
Sedikit lagi lada hitam untuk ditabur

Cara-cara sediakan quiche : 

Keluarkan doh dari peti sejuk, canai doh tadi antara 2 keping plastik sehingga mendapat saiz yang sesuai dengan bekas tat yang disedikan. Alihkan doh tadi secara berhati2 atas bekas, kemaskan dan tanggalkan plastik. potong lebihan pastry dan simpan untuk kegunaan kemudian. Cucuk2 permukaan pastry dengan garfu, tutup dengan aluminium foil dan letak kan benda berat atasnya. Blind-bake selama 2o minit pada suhu 180C. Kemudian keluakan dari oven, alih aluminum dan kekacang, sambung membakar lagi untul 10 minit lagi. Kemudian, isikan  susun sayur bayam yg direbus, inti, dan lebihan sayur bayam. Pukul telur + telur baki buat pastry tadi bersama susu dan secubit garam, kacau rata dan tuang dalam kulit quiche dan tabur lada hitam tadi. Sambung membakar untuk 20 minit lagi pada suhu 180C, atau kekuningan....Selamat mencuba!!


Source : Resepi C&P from Mat Gebu

Russian Black & White Cake


Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder  
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak
Bahan C 
4 biji telur ~ diblender
Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikan
Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu
Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B  
Kacau sebati, guna spatula aje.
Tuangkan adunan dalam loyang 
Tutup loyang dengan aluminium foil
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.
Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.
Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.

CHOCOLATE GANACHE

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air

Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.

Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.
CREAM CHEESE FROSTING

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.
Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
Letakkan sekeping kek atas lapik kek

Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar.

Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit.

Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.

Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.

Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.

Source : Resepi C&P from Kak Ita

Princess Cake for Nurin Asyura



Thanks Yan.  

Design inspired by MPU3cakehouse

Sunday, December 09, 2012

Banana Chocolate Bread & Butter Cake



Banana Chocolate Bread Resepi

Bahan:-
  • 1/2 cup (55 gm) kacang walnut/pecan - dipanggang dan cincang (*akak guna pecan)
  • 1 3/4 cawan (230 gm) tepung serbaguna
  • 1/4 cawan (30 gm) serbuk koko (akak guna brand Van Houten)
  • 1 cawan (200 gm gula pasir
  • 1 sk. baking powder
  • 1/4 sk. soda bikarbonat
  • 1/4 sk. garam (*akak x letak, sbb guna mentega bergaram)
  • 1/2 cawan (85 gm) chocolate/white chips
  • 2 biji telor (gred A) - dipukul sedikit
  • 1/2 cawan (113 gm) - mentega tanpa garam (*akak guna yg bergaram) - cairkan dan biar sejuk
  • 3 biji pisang ranum (454 gm), dilecek (sukatan lbhkurang 1 1/2 cawan)
  • 1 sk. esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Preheat oven dengan suhu 180 C dan letakkan rak di tengah2 oven. Gris dan taburkan tepung dalam loaf pan saiz 9 x 5 x 3 in (23 x 13 x 8 cm), ketepikan.
  2. Bakar kekacang walnut/pecan dalam oven lebihkurang 8 - 10 mnt hingga garing sikit. Sejukkan dan cincang kasar.
  3. Dalam bekas besar, gaulkan tepung, serbuk koko, gula, baking powder, soda bikarbonat dan garam (akak ayakkan bersama tepung, serbuk koko, baking powder, soda n garam dulu, pastu baru gaul rata gula dengan whisk)
  4. Dalam bekas kecil, campurkan pisang lecek, telor, mentega cair dan esen vanila, kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan bahan basah ke dalam bahan kering tadi dan gaul sehingga agak sebati sahaja, cukup dan adunan agak berat dan melekit. (jangan digaul adun terlalu lama).
  6. Masukkan chips dan kekacang walnut/pecan tadi. Gaul rata sahaja cukup.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur sedikit gula perang (jika suka).
  8. Bakar pada selama 55 - 65 minit atau sehingga diuji dengan lidi/tester, ianya keluar bersih. (Dengan oven akak, hanya dibakar pd suhu 175 C, selama 50 minit sahaja)
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan...hidangkan ketika masih suam....memang sedap untuk sarapan atau minum petang.
Source : Resepi C&P from Kak Ummi

Butter Cake Resepi

Ingredients
250g butter
100g sugar
5 egg yolks (large)
230g cake flour
1tsp double action baking powder
4tbsp milk
1/2tsp vanilla essence

5 egg whites (large)
90g sugar

Chocolate Chip (haiza add)

Method 
  1. Place the butter, sugar and vanilla in the bowl of an electric mixer and beat until light and creamy. 
  2. Add the egg yolks, one at a time, beating well after each addition. Add the flour and baking powder and beat well to combine. Fold through the milk and combine well. 
  3. Beat egg whites in a clean large bowl until soft foam. Gradually add in sugar, and beat till soft peak. 
  4. Take one portion of the egg white mixture, and use a hand whisk to stir well with egg yolk mixture till combine and thick paste. 
  5. Slowly fold in the balance egg white with a spatula till well combine. 
  6. Spoon the batter in a cake pan which line the base with paper and lightly grease. 
  7. Bake at preheated oven at 180c for 55mins or until cooked when tested with a skewer
Source : Resepi C&P from Rima
 

Tuesday, December 04, 2012

Bengkel Pastry Anjuran Dapur Impiana


Brownies, Bread, Chocolate Paraline, Cup Cake

Sunday, December 02, 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails