Sunday, September 30, 2012

Cream Puff


Bahan-bahan
 
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g) 

Cara-cara
  1.  Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
  3. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter 
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur. 
  5. Tepung gandum di ayak   
  6. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  8. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
  9. Pipe kan ke atas dulang
  10. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  11. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.  
  12. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.  
CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah
  1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.  
  2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2 
  3. Masukkan telur dan kacau lagi.  
  4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.  
  5. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.  
  6. Masak sehingga pekat.  
  7. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. 
  8. Ulang sehingga pekat. 
  9. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin. 

Source : Resepi C&P from Kak Ita

Monday, September 24, 2012

Mac & Cheese

Bahan-bahan
  • 1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
  • 220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti
  • 400 gram daging cincang
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 5 tangkai cili padi thailand, dicincang
  • 2 - 3 helai bay leaves (kering)
  • sedikit rempah oregano
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
  • 500 - 600 ml susu segar
  • 3 sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
  • Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
Untuk Sos Merah:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
  • Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
Untuk Sos Cheese:

Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
 
 

Cara menyediakan Mac N Cheese:

  • Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.
Source : Resepi C&P from Puteri Dee (Resipi.Net)

Bahulu Putih Telur Pelangi

Bahan A
500ml putih telur
300gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
1/2 sudu teh garam

Bahan B
100ml susu cair
80ml mentega cair
(Satukan)

Bahan C - Ayak
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
25gm susu tepung

Bahan D - Jika suka atau pewarna
1 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh lemon emulco
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh pandan emulco

Loyang 8" atau 9 di alas dan di gris
 

Cara-cara : 

  1. Satukan bahan A dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan kental. 
  2. Masukkan bahan B dan C berselang seli dan putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
  3. Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian yang sama banyak.  Masukkan setiap bahagian dengan Bahan D, gaul rata.
  4. Panaskan pengukus.  Kukus setiap lapisan selama 7minit.  Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. 
  5. Sejukkan dahulu sebelum di potong
 Source : Resepi C&P from Kak Wan

Thursday, September 13, 2012

Chocolate Chip Cookies



Bahan² Diayak
280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 tbsp susu tepung
Secubit garam

Bahan B
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang )
Kismis _ Optional  ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa )

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. 
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. 
  6. Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. 
  7. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  9. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Source : Resepi C&P from ibundo

Saturday, September 08, 2012

Sunday, September 02, 2012

Prune Layer Cake

 
 

Bahan-Bahannya:
Bahan A
  • 8 biji kuning telor ayam (Gred A)
  • 6 biji telur
  • 280 gram castor sugar
  • 210 gram, tepong gandum
  • 5 gram baking powder
  • 5 gram essence vanilla
  • 15 gram ovalet

Bahan B
  • 350 gram pure butter
  • 30 gram makan susu pekat

Bahan C
  • 340 gram buah prune

  1. Bahan A- Gula, telur, ovalet dan vanilla disatukan, dipukul menggunakan whisk.
  2. Kacau adunan telur untuk memastikan adunan dipukul serata.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak, bersama dengan baking powder & vanilla
  4. Gunakan kelajuan mixer yang paling tinggi. Pukul sehingga kembang.
  5. Anda boleh mula memukul dengan kelajuan yang paling tinggi sekarang.
  6. Bahan B - Mentega dan susu di satukan. Dipukul sehingga campuran ini bertukar putih.
  7. Masukkan Bahan B kedalam Bahan A - gaul sebati.
  8. Bakar selapis-selapis. Suhu yang digunakan ialah 180c - 200c.
  9. Taburkan buah prun semasa proses melapis.
Source : Resepi C&P from yani

Chocolate Moist Cake


 
 

 Happy Birthday Jim Boy.  Thanks Fiza.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails