Thursday, September 13, 2012

Chocolate Chip Cookies



Bahan² Diayak
280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 tbsp susu tepung
Secubit garam

Bahan B
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang )
Kismis _ Optional  ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa )

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. 
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. 
  6. Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. 
  7. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  9. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Source : Resepi C&P from ibundo

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails