Friday, August 23, 2013

Puding Roti

Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula 
Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad. 
Source : Resepi C&P from Hana

Friday, August 16, 2013

Oreo Cheesecake


Bahan:-
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-

  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Source : Resepi C&P from Kak Ummi

Bruschetta


Puding Oreo

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
 
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut. 
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar. 
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi. 
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.
Source : Resepi C&P from Ros

Tuesday, August 13, 2013

Chocolate Cake


Raya Hamper


Lidah Kucing Pelangi

Bahan-bahan

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara-cara :
  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan 
  2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
  4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
  6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
  7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
  8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
  9. Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
  10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
  11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah 
  12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Source : Resepi C&P from Kak Wan 

Mocha Casablanca


Bahan-bahan A

210 gm mentega
80 gm gula aising
2 sudu teh pes kapucino
Secubit garam

Bahan-bahan B

220g Tepung Red Rose *
50 gm tepung jagung *
20 gm tepung kentang *
2 sudu besar susu tepung *
1/8 sudu teh serbuk penaik *
50 gm coklat urai

* diayak

Bahan-bahan hiasan

Cip Coklat

Cara-cara
  1. Pukul bahan A dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
  2. Masukkan bahan B. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan bunga cina dan paipkan di dalam dulang pembakar.
  4. Hiaskan dengan cip coklat.
  5. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit.
Source : Buku "Siri Blogger Masakan Biskut Raya" karya Nor Azlita Abdul Aziz.

Cornflakes Rangup

Bahan-Bahan

250 gm mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
2 cwn tepung naik sendiri
Mangkuk kertas
Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil

Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2.  Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit. 
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.
Source : Resepi C&P from Yatie

Biskut Makmur


Bahan A:
1 kg tepung gandum,digoreng tanpa minyak hingga gebu
400g minyak sapi

Bahan B:
500g kacang Tanah,digoreng dan ditumbuk kasar
200g gula kaster

Bahan C:(satukan)
200g tepung susu
250g gula aising

Cara-cara:
1.Satukan bahan A hingga menjadi doh.
2.Dalam bekas lain,satukan pula bahan B.Bentukkan bulat doh tadi,leperkan sedikit,
   masukkan inti kacang,bulatkan lagi kemas.Susun atas dulang pembakar.
3.Panaskan oven pada suhu 160'C,bakar selama 15-20 minit.
4.Angkat dan biarkan suam,salutkan dengan bahan-bahan C.Simpan dalam bekas kedap
   udara.

Source : Resepi C&P from Rahel, original resepi from Evelyn Gemina

Shortbread Marble


Bahan (utk base biskut)

120g tepung gandum
50g gula kastor
40g serbuk badam
100g butter
45g susu tepung

Cara
  1. Alas loyang cutter dengan kertas kuih 
  2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).  
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan dan cucuk ngan garfu base tersebut. 
  4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.  
  5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat.
Bahan Hiasan
200g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat) + sedikit shortening
50g coklat putih

Cara
  1. Cairkan coklat masak + shortening, kemudian tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi. 
  2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.  
  3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.  
  4. Masukkan semula alat pemotong kek ke dlm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau sehingga coklat telah keras  
  5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.
Source : Resepi C&P from Maklang

Semperit Susu

 
Bahan2
4 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat manis (haiza guna 3/4 cawan je)
1 cawan butter
Ceri utk hiasan 
 
Cara buat..
Campur seme bahan..uli smpai jd doh n terap
Bakar pd suhu 150..15-20 mnt

Source : Resepi C&P from ibu Zai (resepi Turun Temurun)

Biskut Bebola Nestum


Bahan-bahan A

250 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh kopi Emulco

Bahan-bahan B

300 gm Tepung Red Rose*
60 gm tepung jagung *
40 gm horlicks*
100 gm serbuk badam
60 gm kelapa kering

* diayak bersama

Bahan-bahan hiasan

150 gm coklat gelap
Nestum secukupnya

Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula aising dengan kelajuan sederhana sehingga sebati. tambahkan telur dan kopi Emulco sambil terus dipukul.
  2. Masukkan Tepung Red Rose, tepung jagung dan horlicks.
  3. Tambahkan serbuk badam dan kelapa kering.  Uli sehingga menjadi doh lembut.
  4. Bulatkan doh, susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 selama 30 minit.  Sejukkan setelah masak.
  5. Cairkan coklat masakan gelap secara kukusan.
  6. Celupkan doh ke dalam coklat masakan cair dan golekkan di dalam Nestum.
  7. Biarkan sehingga coklat mengeras dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Source : Buku "Siri Blogger Masakan Biskut Raya" karya Nor Azlita Abdul Aziz.

Chocolate Chip Cookies


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails