Thanks to Mr. Teoh.
Tuesday, November 08, 2011
Sunday, November 06, 2011
Kek Karamel



Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
1/2 tin susu cair
70g gula castor - haiza guna 50g
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor - haiza guna 50g
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor - haiza guna 50g
1 sudu teh krim of tar2
2 sudu besar gula pasir
- Sediakan loyang 8 inc.Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
- Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
- Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
- Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
- Ketepikan
1/2 tin susu cair
70g gula castor - haiza guna 50g
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.
- Kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
- Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
- Ketepikan.
- Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor - haiza guna 50g
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
- Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
- Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
- Ketepikan.
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor - haiza guna 50g
1 sudu teh krim of tar2
- Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
- Pukul putih telur hingga berbuih
- Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
- Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
- Gaul rata secara kaup balik
- Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
- Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
- Belang- belangkan adunan.
- Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink.Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan oren di tengah-tengah lapisan hijau.
- Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
- Akhir sekali dengan satu sudu.
- Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Kaedah Steam Bath
- Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi
- Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
- Letakkan pada rak bawah dalam oven.
- Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
- Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
- Selepas masak haiza biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
- Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
- Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
- Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
- Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Puding Kukus Delima Istana


Haiza buat separuh dari resepi asal.
PUDING KUKUS DELIMA ISTANA
Bahan-bahan
PUDING KUKUS DELIMA ISTANA
Bahan-bahan
- 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)
Bancuhan Telur
- 3 cawan air
- 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
- 1 tin susu cair ideal / susu segar
- 1 tin (505gm) susu pekat manis(*update: haiza letak 450 gm je)
- 6 biji telur gred A dipukul dahulu
- 1 sudu teh esen vanila
Bahan Taburan
- 1/2 tin buah cocktail
- 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis, blackcurrent)
Cara-cara
- Rendam agar-agar panjang selama 4 jam. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
- Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis.
- Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
- Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
- Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
- Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus. Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja. (*haiza pulak dah lebih dari 6 jam merendam agar-agar tuh...jadi kukus sejam pun ok jugak...)
Source : Resepi Asal dari Kak Wan & C&P from Ita.
Saturday, November 05, 2011
Wednesday, November 02, 2011
Full Moon Box
Thursday, October 27, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

















