Saturday, October 30, 2010

Puding Laici Dangdut

Dah lama tengok resepi ni kat blog rakan2 blogger. So sempena aktiviti makan2 kat office, terhasillah Puding Laici Dangdut yang sedap sangat ni.

Bahan-bahan :
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-cara :
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan)
Source : Resepi C&P from Ummi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails