Dah lama teringin nak cuba Madeleines ni. Last week pergi Kluang jumpa mould yang seakan2....So apa lagi, percubaan pertama ikut resepi Hana...tapi kalau nak tengok resepi English Version boleh tgk kat dapur Kak Ayu.
Bahan-bahan
- 100g butter
- 100g dark cooking chocolate
- 2/3 cawan gula
- 3 biji telur (suhu bilik)
- 1 cawan tepung kek (atau 1 cawan tepung gandum + 1/2 sudu kecil baking powder)
- 1/4 sudu garam
- Cairkan butter & cooking chocolate menggunakan double boiler. Sejukkan sebentar.
- Pukuk telur & gula hingga kembang.
- Masukkan adunan butter & coklat yang telah disejukkan ke dalam adunan telur.
- Masukkan tepung & garam (yang telah diayak) ke dalam adunan, sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati menggunakan kaedah kaup balik.
- Simpan adunan yang telah siap dalam peti sejuk at least 1 jam sebelum membakar.
- Sapu acuan madeleine dengan sedikit butter. Sudukan adunan ke dalam acuan, 3/4 penuh.
- Bakar dalam pre-heated oven pada suhu 170 C, lebih kurang 15 minit. (bergantung pada jenis oven/acuan madeleine)
1 comment:
salam maal hijrah buat haiza & family.
wah dah jadi dah madeleines tu ya..
Post a Comment