Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Nutella
180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)
Cara:
- Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)
- Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
- Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
- Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.
- Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.
- Bakar sehingga selesai adunan dgn anggaran suhu 180 – 210 darjah Celsius (mengikut kesesuaian oven anda).
No comments:
Post a Comment