Wednesday, June 01, 2011

Chewy Gooey Yummy Brownies



Bahan-bahan :
250 gm butter - potong kecil2
400 gm cooking chocolate - potong kecil2
6 biji telor
340 gm gula perang (brown sugar)
2 sudu teh esen vanila
20 gm chocolate emulco
80 gm tepung gandum * ayak bersama
60 gm serbuk cocoa* - ummi guna serbuk Vouchelle
140 gm walnut/pecan/almond/macadamia - cincang dan bakar
(*haiza guna almond)

Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhu 160C - sediakan loyang yang telah digris dan dialas baking sheet.
  2. Double boil butter dan chocolate hingga cair. Ketepikan biar suam sedikit.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telor, gula, esen dan chocolate emulco, kacau dengan hand whisk hingga gula cair.
  4. Tuang adunan butter dan coklat tadi ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  5. Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak tadi, masukkan juga cincangan walnut/pecan/almond tadi. Gaul rata sahaja, jangan kacau terlalu lama.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 45 - 50 minit. (depends on oven). Bila masak, biarkan sejuk dalam loyang. Lebih sedap disimpan semalaman. Potong dan hidang.
  7. Boleh juga dibubuh chocolate ganache/ice cream/sos kastad.
Source : Resepi C&P from Ummi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails