Monday, January 24, 2011

Pasta Seafood Gratin


Bahan-bahan
  • 100g Pasta @ Macaroni
  • Udang - kopek kulit
  • Scallop/Sotong/Sosej/Isi Ketam/tuna - haiza guna sotong and isi ketam
  • Cendawan butang - hiris2 - haiza guna shitake mushroom
  • Garam
  • Lada hitam/lada sulah
  • 1 sudu besar butter
  • 1/4 bawang besar - cincang
Bahan Untuk White Sauce
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air - jika ingin lebih creamy gune susu segar shj
  • 2 sudu makan butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan keju pilihan @ 1-2keping slice cheese racik2 - haiza guna cheddar & parmesan cheese
Untuk Topping ( jika ingin lebihan cheese)
  • Keju Mozarella parut - haiza guna cheddar cheese
Cara-cara
Untuk membuat white sauce
  1. Panaskan periuk.Masukkan butter. Kecilkan api, masukkan tepung.Gaul.
  2. Masukkan susu dan juga air. kacau hingga tepung tidak bergentel dan didihkan.
  3. Masukkan cheese, sedikit garam dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak pekat. kalau pekat sangat tambahkan sedikit air/susu lg. matikan api.
Untuk membuat makaroni/pasta
  1. Rebus makaroni hingga empuk. toskan. gaul dengan olive oil. ketepikan.
  2. Panaskan butter, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau. Masukkan udang dan lain2 isi pilihan.
  3. Perasakan dengan garam dan juga lada hitam/lada sulah. Masukkan makaroni tadi. Gaul sekejap sahaja. Matikan api.
  4. Masukkan macaroni ke dalam mangkuk tahan panas. Curahkan white sauce di atas.
  5. Taburkan keju mozarella - klu tk nk tabur pon xpe.. sbb white sauce td dh gunakan cheese.
  6. Bakar suhu 180 selama 20-30min atau hingga kekuningan.
  7. Siap untuk dhidang.

Source : Resepi C&P from Hana

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails