Sunday, July 10, 2011

Bun Manis & Sausage



Bahan-bahan (12 biji):
300gm tepung roti
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
10gm gula pasir
1 camt garam
30gm unsalted butter (pada suhu bilik)
220gm campuran 1 biji telur dan susu segar

egg wash - 1 biji telur + 2 camt air, kacau
12 biji sosej
slices cheese - jika suka
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti setelah dibakar

cara:


  1. Masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  2. Tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  3. Kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. Tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. Kemudian bahagikan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm
  6. Bentukkan semula menjadi bulat dan lakukan sehingga habis, setelah itu rehatkan selama 10 min
  7. Ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk oval & letakkan satu sosej ke atas doh
  8. Kemudian potongkan kepada 5 bahagian kiri dan kanan
  9. Tutupkan sosej tadi seperti bentuk plait dan lakukan sehingga habis
  10. Boleh juga diletakkan slices cheese di atas sosej dan tutupkan semula sosej
  11. Susunkan di atas loyang yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper
  12. Biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  13. Setelah itu sapukan doh dengan egg wash dan bakar pada suhu 200C selama 8 min, kemudian turunkan pada suhu 190C selama 5 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
Source : Resepi C&P from Noreen

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails