Sunday, October 16, 2011

Chicken Pie




Bahan Pastri :
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu
1 camca besar gula aising
1 biji telur, dipukul sedikit

Bahan Inti :
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
500g isi ayam
3 biji ubi kentang
1 batang lobak merah

1 batang daun celery
1 tin cendawan
1 tin sup cendawan campbell
Lada Hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. UNTUK PASTRI: Masukkan tepung, gula aising dan serbuk bawang putih (jika guna) dalam satu bekas. Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jadi sehingga adunan berupa serbuk roti. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul pantas hingga menjadi doh yang tidah melekat di tepi mangkuk. Bungkus dengan plastic cling dan dinginkan 20 minit. Tak pe jika telur tidak habis digunakan
  2. UNTUK INTI : Tumis bawang sehingga wangi, masukkan ayam dan kentang. Masukkan sup tin cendawan. Masukkan lobak merah, cendawan dan celery. Akhir sekali masukkan lada hitam dan masak sehingga kering dan ubi masak. Sekiranya ubi tidak masak tambahkan air sedikit demi sedikit.
  3. Penyediaan Pie : Canaikan doh dan masukkan dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu dan bakar 15 minit. Masukkan inti dan tutup dengan doh pastri. Sapukan kuning telur. Bakar selama 20 minit pada suhu 175 C atau sehingga masak.
Source : Resepi Pastry C&P dr Mat Gebu dan inti olahan sendiri

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails