Saturday, February 25, 2012

Yam Dumpling


Bahan-bahan Kulit :
600g Keladi
500g Tepung Gandum
250g Shortening
Garam secukupnya

Bahan Inti :
300g Daging dipotong dadu
2 keping Cendawan Kering dipotong dadu
110 ml air
1 sudu besar gula atau secukup rasa
Sedikit garam
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
3 sudu besar tepung kentang (campur dengan sedikit air untuk membentuk larutan kanji)

Cara-cara :
  1. Hiris keladi dan potong menjadi dadu. Masukkan dalam pengukus dan kukus selama kira-kira 40 minit.
  2. Keluarkan dan lenyekkan serta tambah tepung gandum lalu gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan garam dan uli untuk membentuk doh. Ketepikan dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  4. Gunakan sedikit minyak untuk tumis semua bahan-bahan (inti) kecuali tepung kentang dan tumis sehingga wangi.
  5. Akhir sekali tambah tepung kentang untuk menebalkannya. Tuangkan ke dalam mangkuk dan simpan dalam peti sejuk.
  6. Keluarkan doh dari peti sejuk, bahagikan kepada beberapa bahagian yang sama.
  7. Tekan doh kepada bentuk bulan rata, masukkan inti dan kepitkan di tepi serta bentukkan menjadi bulat.
  8. Masukkan ke dalam minyak panas dan goreng hingga menjadi perang keemasan.
Source : Resepi C&P dari Majalah Aroma, Chef Robert

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails