Wednesday, May 30, 2012

Almond Biscotti


Bahan A
400ml putih telur (8 biji putih telur Grade B)
260gm gula kaster
1 tsp esen vanilla
secubit garam
3 tbsp madu - optional

Bahan B
240gm tepung gandum
60gm tepung beras

Bahan C
200gm badam biji
100gm walnut

Loyang 10" x 10" x 2" empat segi


Cara-cara
  1. Panaskan oven 150C. 
  2. Pukul bahan A hingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B dan kaup balikkan hingga sebati.
  3. Masukkan bahan C, gaul hingga rata.
  4. Alas loyang dengan kertas dan griskan dengan majerin. Tuang adunan dan ratakan. 
  5. Bakar selama 25-30 minit (separuh masak). Keluarkan dari oven, biarkan sejuk sedikit dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. 
  6. Lapik atas adunan dengan kertas minyak, potong adunan kepada tiga bahagian dengan pisau tajam yang di leser dengan majerin. Setiap bahagian dipotong nipis memanjang (2mm), leser pisau dengan majerin setiap kali memotong dan susun kembali di dalam loyang yang lain. 
  7. Panaskan oven dan bakar lagi selama 15 minit pada suhu 140c sehingga rangup.
Source : Resepi C&P dr Kak Wan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails