Saturday, May 12, 2012

Carrot Walnut Cake





Thanks Leeza.  Resepi C&P dr Cikgu Suria.

Bahan 

4 biji telur asingkan putih dan kuning  
1 1/2 cawan minyak jagung atauminyak sayuran ( darurat minyak masak pun boleh)  
150g gula halus seperti castor sugar  
150g brown sugar  
1 1/2 cawan carrot yang telah disagat halus  

Ayak bersama  

250 g tepung kek ( darurat tepung gandum pun jadi gak)  
1 sudu kecil mixed spice ( rempah kek)  
1 1/2 sudu kecil baking soda  
1 sudu kecil garam  
100g chop walnut ( wajib ada baru sedap)  

Cara
  1. Pukul kuning telur di dalam mangkuk dengan menggunakan pemukul telur. 
  2. Kemudian tambahkan minyak, gula, carrot. Gaul hingga sebati.  
  3. Kemudian masukkan walnut dan akhir sekali gaulkan ia ke dalam bahan-bahan kering menggunakan spatula kayu.  
  4. Pukul telur putih sehingga stiff and gaulkan ke dalam bancuhan kek.  
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 45 min ( bergantung pada oven tersendiri)
Tips : bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.  


Frosting  

120g butter  
250g cream cheese  
120g icing sugar  

1. Pukul semua bahan hingga ringan dan kembang. Siap untuk frosting

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails