Sunday, February 20, 2011

Death by Chocolate Cake


Cake ni dibuat bersempena CNY Gathering. Thanks to Hui Hui for coordinate the event and we really had fun and enjoy gossiping. Thanks to Ruba, Bev, Pooi Yan & Jane too....

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cawan gula (kisar)
  • 2 cawan tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cawan koko powder
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
**utk ganache**
  • 2 cawan non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup(haiza tak letak pun)
##utk whipped cream
  • 1 cawan non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. Tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. Masukkan susu dan minyak dalam adunan,kacau sebati
  4. Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik
  5. Last sekali masukkan air panas..kacau sebati
  6. Bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree.
**utk ganache**
  1. Dalam mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  2. Bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  3. Tambahkan golden syrup (haiza tak letak pun)
  4. Ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dalam peti sejuk
##utk whipped cream..
  1. Pukul 1 cawan whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cawan choc ganache yg di ambil dari langkah sebelum ini. Kacau sebati.
Cara Lapiskan kek (haiza tak buat pun)
  1. Kek yang dah siap..di potong tengah2
  2. Sapukan dengan whipped cream
  3. Kemudian lapiskan dengan kek yg separuh lagi
  4. Sapu hingga menutupi keseluruhan kek
  5. Sejukkan lebih kurang 30 minit
  6. Sapukan pula dengan ganache dan sejukkan semula selama 30 minit
Source : Resepi C&P from myresepi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails