Sunday, February 20, 2011

Mini Blueberry Cheesecake


Untuk menghabiskan stock cream cheese and buleberry, maka terhasillah mini cheesecake ni. Haiza hanya gunakan 1/2 of the recipe below and boleh dapat dalam 11 mini cheesecake...

Bahan dasar:
1 1/2 cawan biskut digestive - hancurkan )
1 1/2 cawan biskut cream cracker - hancurkan ) haiza gunakan biskut digestive aje
2/3 cawan gula kastor - haiza tak letak pun
2/3 cawan butter - cairkan

Gaul sebati serbuk biskut dengan gula kastor dan butter. Ratakan dan tekan dalam springfoam, biar padat. sejukkan dalam fridge.

Bahan Filling:
300 gm cream cheese
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar serbuk gelatin
1/2 cawan air panas
500 ml whipping cream
2/3 cawan gula
topping - filling strawberry (haiza letak blueberry)

  1. Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.
  2. Campurkan serbuk gelatin bersama air panas kacau hingga benar2 larut. Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan jus lemon hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan larutan gelatin. Pukul lagi.
  5. Masukkan whipping cream tadi, kacau hingga sebati dan rata.
  6. Tuang ke atas bahan dasar.
  7. Sejukkan dalam fridge semalaman.
  8. Sapukan filling bila menghidang dan makanlah ketika sejuk..memang sedap!!
Source : Resepi C&P from Ummi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails