Sunday, May 01, 2011

Strawberry Mousse



Nak menghabiskan balance strawberry. Since ada 100g je so haiza buat 1/2 of the recipe and tak boleh deco atas dia. Konon nak nampak cantik, letaklah anggur...hehehehe...Rasanya exactly macam yogurt..:)

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 10g(2tbsp) gelatin
  • 100ml air panas
  • 200g strawberry
  • 70g gula
  • 200ml fresh cream/whipping cream
  • 1 sudu besar lemon jus

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
  2. Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
  3. Masukkan pula gelatin dan lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
Source : Resepi C&P from My Resepi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails