Kek Karamel Chocolate
BAHAN KARAMEL:
STEP 1:
2 sudu besar gula pasir dtabur dlm loyang
STEP 2:
buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
* ratakan pd loyang supaya nanti kek yg dah siap tak melekat bila dikeluarkan dr loyang
STEP 3:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ~ haiza letak 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur ~ haiza guna 2 bj kuning telur *
2 biji telur (putih & kuning) ~ haiza guna 3 biji (putih & kuning)
STEP 4:
kacau perlahan dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td
STEP 5:
bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min
****sementara tu,siapkan BHN KEK CHOCOLATE MOIST
BHN A:
1 cawan serbuk koko ~ haiza guna 1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
CARA:
satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur
gas dgn api perlahan sambil dkacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api
dan rehatkan sekejap
BHN B:
3/4cawan tepung gandum ~ haiza guna 1 cawan
1 sudu kecil soda bikarbonat ~ haiza letak secubit jer
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak
BHN C:
4 biji telur-pukul dgn whisk atau blend ~ haiza guna 3 bj telur + 2 putih dari lebihan puding karamel*
CARA:
satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk
tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi
bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hgga masak...bergantung kpd oven masing2...
dah masak,biar kek sejuk atau hgga kek meregang baru dterbalikkan kek
sedia dhidang
Happy Birthday Firdaus.
No comments:
Post a Comment