Sunday, November 18, 2012

Resoles


Untuk kulitnya :

2 butir telur
375 air
150 gm tepung gandum
1 1/2 sudu besar majerin yang dicairkan
3/4sudu teh garam

Masukkan kesemuanya ke dalam blender. Blend sampai sebati sahaja. Masukkan ke dalam mangkuk.

Untuk inti :
8 ekor udang
5 batang jejari ketam
1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang halus
¼ cawan seleri yang telah didadu kecil (haiza tak letak pun, stock takde)
5 biji cendawan butang didadu kecil (haiza gantikan kacang panjang)
1 sudu besar tepung 
1 sudu besar majerin 
1/4 cawan susu cair
1 sudu kecil lada hitam
garam secukupnya

1. Udang dan jejari ketam dipotong kecil.

2. Panaskan majerin di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul rata.
3. Tambah susu  cair. Kacau rata supaya tidak berketul.
4. Masukkan bahan-bahan lain.


Untuk jadikan resoles:
  1. Ambil selembar dadar.  Letak inti dan lipat.  Boleh lipat macam buat kuih gulung.  Boleh juga dilipat leper. Boleh lipat tiga segi. Atau nak lipat macam crepe durian pun boleh. 
  2. Panaskan kuali leper dan bubuh sedikit minyak. Celup gulungan dalam telur dan gulingkan dalam serbuk roti. 
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan. 
Source : Resepi C&P from Dapur Ibundo

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails