Thursday, November 29, 2012

Japanese Cotton Cheesecake



Welcome Home



 

 

Thanks Haizat.  Selamat kembali dari mengerjakan haji untuk Hajah Sariah & Haji Abdul Rahman.

Saturday, November 24, 2012

Blackforest Cake



Thanks Zura...Happy Birthday Aimi!

 BAHAN BAHAN

Spounge kek

250 gm  chocolate spounge mix
250 gm telur ~ 5 biji telur
60 gm susu segar
1 tbsp chocolate emulco
70 gm minyak jagung

Putar kesemua bahan kecuali minyak jagung hingga kembang dan ringan ~ 15 minit guna high speed.

Masukkan minyak jagung dengan speed yang perlahan
Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inci yang telah di gris
Bakar kek pade suhu 170 C selama 40 minit.
Sejukkan kek dan  setelah sejuk potong kepada 3 bahagian

Topping

1 tin pitted cherries ~ ceri hitam ~ belah 2
450 ml non dairy whipping cream ~ putar hingga kental
ceri merah ~ ceri maraschino untuk hiasan
chocolate rice @ coklat parut

Filling

1/2 tin air syrup pitted cherries ~ bile di keluarkan pitted cheries akan dapat 1/2 tin syrupnye.
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp gula castor
Masak atas api yang kecil hingga syrup menjadi pekat seperti filling

Syrup

50 gm gula castor
150 ml air
1 tsp lemon oil
Masak gula dan air  hingga pekat dan masukkan lemon oil
Cara menghias kek

  1. Letak lapisan kek yang pertama di atas papan kek
  2. Renjiskan kek dengan syrup 
  3. Letak lapisan whipping, letak filling dan susun pitted cherries 
  4. Letak lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang same dan letak lapisan kek yang ketiga 
  5. Saluti keseluruhan kek dengan lebihan whipping dan hias lah mengikut kreativiti anda. 
 
Source : Resepi C&P from Kak Zue

Sunday, November 18, 2012

Layer Cheese


Zebra Bundt Cake

Bahan-bahan A :
250 gm telur putih - dalam peti sejuk (7 biji gred A)
50 ml air sejuk
150 gm gula kaster
1 1/2 sudu kecil ovelette
2 biji kuning telur gred A
200 gm tepung superfine - di ayak
3/4 sudu teh double action baking powder - di ayak
1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan B :
170 gm mentega - cairkan
2 sudu besar susu pekat

Bahan-bahan C :
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco

Cara-cara :
  1. Griskan loyang bulan 9 inci dengan sedikit butter dan ketepikan. CT guna silicone mould. 
  2. Putar kesemua bahan A hingga kembang dan gebu lebih kurang 6-7 minit. 
  3. Rendahkan kelajuan mixer dan masukkan bahan B dan putar kelajuan paling perlahan hingga rata. 
  4. Ambil 1/3 adunan dan masukkan serbuk koko dan coklat emulco, kacau rata. 
  5. Scop kan anggaran 2 sudu besar adunan plain ke dalam loyang dan scop kan 1 sudu besar adunan koko diatasnya. Ulang hingga habis adunan tadi. 
  6. Bakar pada suhu 180' C selama 50 minit atau uji dengan dicucuk dengan lidi sate jika keluar bersih kek sudah masak.

TIPS : jika kek seakan perang diatas nya tetapi kek masih belum masak, tutupkan bahagian atasnya dengan aluminium foil dan teruskan membakar hingga kek masak dengan sempurna.

Source : Resepi C&P from CT Delima

Resoles


Untuk kulitnya :

2 butir telur
375 air
150 gm tepung gandum
1 1/2 sudu besar majerin yang dicairkan
3/4sudu teh garam

Masukkan kesemuanya ke dalam blender. Blend sampai sebati sahaja. Masukkan ke dalam mangkuk.

Untuk inti :
8 ekor udang
5 batang jejari ketam
1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang halus
¼ cawan seleri yang telah didadu kecil (haiza tak letak pun, stock takde)
5 biji cendawan butang didadu kecil (haiza gantikan kacang panjang)
1 sudu besar tepung 
1 sudu besar majerin 
1/4 cawan susu cair
1 sudu kecil lada hitam
garam secukupnya

1. Udang dan jejari ketam dipotong kecil.

2. Panaskan majerin di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul rata.
3. Tambah susu  cair. Kacau rata supaya tidak berketul.
4. Masukkan bahan-bahan lain.


Untuk jadikan resoles:
  1. Ambil selembar dadar.  Letak inti dan lipat.  Boleh lipat macam buat kuih gulung.  Boleh juga dilipat leper. Boleh lipat tiga segi. Atau nak lipat macam crepe durian pun boleh. 
  2. Panaskan kuali leper dan bubuh sedikit minyak. Celup gulungan dalam telur dan gulingkan dalam serbuk roti. 
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan. 
Source : Resepi C&P from Dapur Ibundo

Crepe Durian



Bahan-bahan - Adunan Dadar
30gm tepung Hongkong
30gm tepung kastard
20gm tepung jagung
20gm tepung ubi
20gm tepung kentang / tepung sagu
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250ml susu cair - suhu bilik
1 sudu besar mentega cair
Pewarna kuning - optional

Cara-cara : 
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis.  Rehatkan selama 20 minit.  Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis. 
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, ambil satu sendok kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis.  Masak hingga atasnya mengering, tidak perlu di terbalikkan. 
  3. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis. 
  4. Pipekan sedikit whip cream di tengah dadar, letak 1 sudu kecil kastard durian kemudian tutup dengan whip cream. 
  5. Lipat dadar menjadi empat segi.  Buat hingga habis dan simpan di dalam peti sejuk.
Inti Kastard Durian
250ml susu cair
1 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
150gm isi durian
Non diary whip cream secukupnya - putar hingga kental (Masukkan ke dalam piping bag)
 
Cara-cara : 
  1. Satukan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur.  Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. 
  2. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di isi ke dalam dadar / crepe bersama whip cream.
Source : Resepi C&P from Kak Wan

Saturday, November 17, 2012

Monday, November 05, 2012

Kek Karamel Chocolate



BAHAN KARAMEL:
STEP 1:
2 sudu besar gula pasir dtabur dlm loyang
STEP 2:
buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
* ratakan pd loyang supaya nanti kek yg dah siap tak melekat bila dikeluarkan dr loyang
STEP 3:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ~ haiza letak 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur ~ haiza guna 2 bj kuning telur *
2 biji telur (putih & kuning) ~ haiza guna 3 biji (putih & kuning)

STEP 4:
kacau perlahan dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td

STEP 5:
bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min


****sementara tu,siapkan BHN KEK CHOCOLATE MOIST

BHN A:
1 cawan serbuk koko ~ haiza guna 1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:
satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dkacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:
3/4cawan tepung gandum ~ haiza guna 1 cawan
1 sudu kecil soda bikarbonat ~ haiza letak secubit jer
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:
4 biji telur-pukul dgn whisk atau blend ~ haiza guna 3 bj telur + 2 putih dari lebihan puding karamel*

CARA:
satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk
tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi
bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hgga masak...bergantung kpd oven masing2...
dah masak,biar kek sejuk atau hgga kek meregang baru dterbalikkan kek
sedia dhidang


Happy Birthday Firdaus.

Source : Resepi C&P from Kak Nor

Friday, November 02, 2012

Mini Blueberry Cheesecake



Power Puff Girls


 

Happy Birthday Edelynn.  Thanks Janice.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails