Bahan-bahan :
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Cara-cara
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.
JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Cara-cara
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
- Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
- Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
No comments:
Post a Comment