Sunday, September 25, 2011

Roti Lapis Daging Berkeju


Bahan :
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan) - (haiza guna 400g daging Ramly)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam (haiza gantikan dgn rempah kari)
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus (haiza gantikan dgn daun kari)
1 biji cili merah ~ dihiris halus
2 lobak merah (haiza tambah)
1 inci halia (haiza tambah)
sedikit garam
minyak

12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris (haiza guna daun sup je)
8 kpg slice chee
cheddar cheese ~ diparut

Cara:
Utk membuat inti
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Goreng hingga bawang layu dan masukkan rempah kari.
  3. Goreng hingga wangi dan masukkan air.
  4. Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul.
  5. Masukkan daun kari.
  6. Perasakan dgn garam secukup rasa.
  7. Goreng hingga kering dan padamkan api.
Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
  1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.
  2. Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati.
  3. Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
  4. Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
  5. Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi.
  6. Susun slice cheese ke atasnya.
  7. Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
  8. Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
  9. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
  10. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Source : Resepi C&P dari Kak Nor dan bahan inti diubahsuai oleh haiza.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails